Friday, January 10, 2014 | By: Luna Biru

Aku si Loser

Agak malang bila kita sentiasa menjadi 'the uninvited'.
Dan sebagai seorang manusia dewasa yang telah didewaskan oleh pengalaman, tidaklah sukar untuk kita mengetahui nilai diri kita di mata orang lain. Senyum barangkali dapat berbohong. Tapi riak wajah dan sinar mata tidak. Kerana mata itu adalah cerminan hati....tanpa mulut pun, mata dapat berbicara dengan baik sekali.

Aku tahu kelemahan diriku. Dan jangan bilang aku tidak berusaha untuk memperbaikinya. Aku bukanlah manusia yang menjunjung ego di kepalaku. Aku juga sama macam manusia-manusia lain; yang punya hasrat untuk menjadi yang terbaik. Tapi itulah...masalah kita bukannya sama. Kita tidak hidup dalam latar belakang yang sama maka kerana itu hidup kau dan aku tidak boleh dibandingkan. Aku tidak bermaksud nak jadikan masalah aku sebagai alasan untuk menghalalkan kelemahan sendiri. Dah memang nasib aku macam ni. Untunglah mereka yang banyak masa lapangnya dan kurang beban tanggungan anak-anak dan keluarganya...

Tapi aku tak kesal dengan apa yang berlaku. Aku percaya setiap manusia punya bahagian masing-masing. Mungkin aku bukanlah manusia yang ditakdirkan akan berjaya dalam bidang keguruan ini dengan angka-angka cemerlang dan anugerah yang muluk-muluk. Aku juga tidak ditakdirkan untuk menjadi favorite dan popular hingga punya kroni-kroni ulung yang boleh mengenggam dunia. Aku cuma ada mimpi untuk mencipta macam-macam...yang akhirnya semuanya hancur kerana ketidakmampuanku menguruskan sumber dengan baik. Tanpa kroni, tanpa partner, tanpa sokongan yang betul, akhirnya, aku tetap aku si penggagal tegar. 

Loser.

0 comments:

Post a Comment