Namanya Amira.
Dia hanyalah seorang budak berusia 8 tahun.
Budak pelik dengan gabungan antara cerdas, lembam, biadap dan sifat copy cat.
Dia begitu mengagumi aku. Dia ingin menjadi aku. Setiap hari kerjanya adalah meniru perlakuanku. Dia meminta rakan-rakannya memanggilnya dengan nama Teacher Zue. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan aku terkesan padanya meskipun itu bermakna dia terpaksa melompat dari satu meja ke satu meja. Dia akan ambil marker dan berdiri di sebelahku sambil tulis benda yang aku tulis atas whiteboard. Aku beri dia satu petak kecil dari sebahagian whiteboard untuk dia tulis. Mula-mula dia suka. Tapi lama-lama dia jadi tamak dan nak semua whiteboard.
Dua minit lepas aku bercakap dia akan datang ke depan. Dia akan ulang balik semua apa yang aku cakap dengan ajukan gaya intonasi bahasa aku siap dengan bahasa tubuh aku sekali. Bila aku suruh dia duduk dia akan suruh aku "Raise up your hand when you want to speak, please,". Betul-betul dia tiru gaya aku. Bila aku dah mula marah dia akan lawan balik cakap aku dan kami akan bertengkar dalam seminit dua hingga akhirnya aku dapat pujuk dia duduk balik tak ubah macam aku pujuk budak kecik dua tahun.
Dia hidup dalam dunia khayalnya sendiri. Dan dalam khayalnya itu dia membayangkan bahawa dia adalah seekor anjing kecil manakala aku adalah pari-pari. Dia menumpahkan khayalnya itu ke dalam kertas putih yang diserahkannya pada Madam Maria. Si Madam Maria pula suruh aku study lukisan Amira sebagai langkah awal untuk aku mengenali masalah pembelajaran budak sorang ni.
Tapi maaflah. Aku tiada masa nak interpreted makna tersirat dalam lukisannya. Aku tak graduate nak urus dia sorang sedangkan dalam kelas aku ada 32 orang lagi budak yang tak pelik yang berhak nak diberi pendidikan. So. korang bayangkanlah kalau anak korang ada dalam kelas yang sama dengan Amira. It is unfair for them. Sangat berat sebelah dan secara teknikalnya, si Amira ini telah merampas hak dorang untuk belajar dalam keadaan normal.
Aku mungkin cikgu bodoh sebab bila aku tanya kawan-kawan lain dorang cakap Amira tak buat hal-hal rakus macam tu dalam kelas dorang. Paling sadis pun Amira tak buat kerja dan hanya melukis dalam kelas. Aku pun tak tahu kalau Amira buat begini sebab dia rasa aku tak segarang atau seketat guru-guru lain atau sebab dia memang sangat suka dengan aku. Aku nak juga heart to heart dengan dia tapi malangnya kemarahanku pagi tadi sudah mendahului niatku...
Ya Tuhan...
Aku dah janji aku takkan over-reacted lagi di sekolah dengan kemarahan-kemarahan yang menggila. Tapi kepenatan sepanjang pagi tadi buat aku hilang akal berhadapan dengannya. She is only eight! Memang betul dia pelik, kadang-kadang boleh menjangkau tahap abnormal. Otak dan perangainya macam terhenti di usia 4 tahun. Ade yang baru pra-sekolah jauh lebih matang dari dia. Dan aku, aku bukanlah terlatih untuk mendidik murid yang abnormal. Aku guru aliran perdana. Fahamkah?
Jadi kisahnya marahku sudah terlepas pagi tadi.
Konsekuensinya, pasti akan berlanjutan buruk bila si Amira ni memanjangkan hal ni pada orang tuanya.
I'll take the risk.
Amira needs special treatment and special needs. And I don't have any qualification to handle her.
0 comments:
Post a Comment