Thursday, December 5, 2013 | By: Luna Biru

Sayembara itu....

Hampir setahun menunggu.
Berita terakhir aku terima adalah surat respon balas dari pihak urusetia penganjur bulan Jun lalu. Selepas itu sepi.

Setiap hari kerjaku memeriksa peti burung merpati di sekolah, menyemak email dan membuka domain laman. Aku tahu aku bertaruh nasib dengan sejumlah manusia kreatif lainnya. Seperti yang ditulis di sini,


maka aku tahu peluangku begitu tipis. Tapi manalah tahu doa Abe di malam 27 Rejab yang lalu makbul...



Pagi tadi aku menemukan sebuah berita hasil entry seorang blogger yang kuikut secara senyap.


Maka teka-teki tentang tarikh sekurang-kurangnya terjawablah sudah. Tanpa senarai nama pemenang, (yang mungkin masih belum disiarkan, atau barangkali juga sudah), aku pun terkapai dalam penasaran yang sungguh menyeksakan. Aku benar-benar berharap inilah noktah yang bersifat mula. Titik kepada kepayahan dan permulaan kepada peluang.

Meskipun aku makhluk terkutuk yang sentiasa hidup membawa bencana dan tiada apa walaupun redha, aku tetap memanjat doa untuk sebuah kemenangan. Tak kisahlah kalaupun doaku tergantung di kaki langit.  

0 comments:

Post a Comment