Kata-kata yang kerap-kali diucap dan menjadi bahan untuk diledakkan ketika marah pasti mempunyai makna yang sesungguhnya;
Ugutan yang setiap kali dicabar pada masa yang sama pasti benar-benar dimaksudkan;
Ia bukan sekadar kata-kata rajuk kalau sudah diucap banyak kali.
Bukan juga sekadar bahan peledak untuk menyeri suasana marah;
Si penutur pasti sedang membawa maksud yang benar kerana itu ia sentiasa membawa mesej yang sama setiap kali berhadapan dengan situasi yang sama.
Dan kau, kawan.
Setelah berulangkali kau hadapi perkara yang sama seumur hidupmu, tidakkah sesekali kau ingin menyahut ugutan berulang itu? Tidakkah kau merasa penat menjadi rasional dan menganggap bahawa kata-kata itu hanyalah sekadar kata-kata tanpa maksud? Tidakkah kau merasa cuak setiap kali kau menegakkan kebenaran dan kebenaranmu itu disambut dengan senyum sinis dan gelengan kepala? Tidakkah kau jengkel bila hakmu diketepikan dan sama sekali tidak dihargai?
Hati adalah tercipta dari segumpal daging. Bukan besi. Bukan batu.
(Jangan dengar. Ini bisikan syaitan)
0 comments:
Post a Comment