Sudah kukatakan padamu, kawan. Bahawa orang-orang macam kita hanya punya mimpi. Mimpilah yang memberi kita harapan untuk hidup dan alasan untuk bertahan. Tanpa mimpi, kita hanya ibarat puin-puin buih di tengah laut.
Jadi inilah mimpiku.
Mimpi yang sudah sekian lama aku idamkan. Mimpi yang kusimpan baik-baik dalam laci almari dan bawah bantal. Mimpi yang kupercaya bisa kugapai. Mimpi yang telah kutangguhkan kerana tanggungjawab yang lebih perlu. Mimpi yang kedengarannya sangat ekonomonis, tidak memerlukan kewangan, tidak menuntut satu sen bajetpun. Mimpi yang sangat idealis dan rasional, yang pastinya mampu dicapai oleh golongan yang tidak berkemampuan macam aku. Jesteru yang kuperlukan hanyalah ruang dan waktu.
Aku sudah lama menunggu untuk mencapai mimpi ini. Aku sudah sabar dan redha menangguhkannya demi kepentingan orang lain. Tapi sungguh tak kupercaya, bahawa batasan ruang dan waktu itu tetap menjadi penghalang sampai kini. Terpaksa kuakui bahawa, kedua perkara itu adalah sebesar-besar halangan. Jauh lebih menghalang daripada serangkaian impian untuk berlibur ke luar negara atau memiliki perhiasan-perhiasan berlian dan zamrud. Barangkali aku sharus menundanya lagi. Mungkin bila umurku mencapai usia 55 tahun, batasan ruang dan waktu itu takkan terlihat lagi. Persoalannya, bakalkah aku hidup sampai ke usia itu?
Mimpi-mimpi indah dan muluk,
tidurlah dalam dekap hangatku. Kan kurenjis mu dengan air mata agar kau tetap hidup dan tumbuh di situ. Memadailah barangkali untuk mengingat, bahawa kau pernah ada di situ.
0 comments:
Post a Comment