Saturday, December 21, 2013 | By: Luna Biru

Penanggal 2013 (dari sudut mata aku)

Masya Allah. 

Aku cuma mamfu berishtighfar fanjang saja wakfu fengok filem ni (LOL)

Jauh dari expectation, filem ni secara amnya telah mencatat kenangan terburuk kami sekeluarga yang menontonnya. Oleh kerana kami sekeluarga pernah menonton filem Krasue (Thailand), maka apa yang diharapkan dari filem ini adalah sesuatu yang lebih dari itu. Jangan nak cakap kita tak boleh nak bandingkan filem kita dengan negara luar kerana tanpa perbandingan, kita tidak akan kemana-mana. Perbandingan adalah suatu motivasi mutlak, yang membuat kita mahu berusaha lebih kuat untuk jadi lebih baik dari yang dibandingkan. Malangnya, filem kita memanglah tetap filem kita yang berwajah kita; iaitu penuh dengan carca-marba idea, kekeliruan memilih teknik penyampaian, dan paling penting, miskin jalan cerita. Elly tidak mampu fokus pada apa yang sebenarnya dia ingin fokus. Tamak. Itulah yang mampu kuklasifikasikan buat pengarah macam Elly. 

Pertama, aku tak faham kenapa mesti menggunakan imbas kembali yang terlalu banyak hingga mencacatkan penceritaan. Bukan saja scene imbas kembali, malahan, scene tindih-menindih pun membuat aku jadi keliru dan mencari perkaitannya. Terutamanya dalam scene Murni mandi di sungai yang difokus terlalu lama hingga aku rasa ia hanyalah sebuah eksploitasi yang langsung tidak berguna untuk filem ni. Meaning, kalau scene ni tiada pun, tak apa. 


Kedua, kenapa perlu memilih latar belakang Melayu-Arab yang aku tak pasti Arab manakah yang diambil sebagai rujukan; sama ada Arab pedagang atau Lebanon? Persoalannya, pakaian yang dikenakan tidak sesuai dan nampak sangat macam mengarut. Zulaikha dalam filem Nabi Yusuf pun tak pakai pakaian macam tu. Ia menjadikan filem ini macam filem bunian. Belum lagi pasal gaya bahasa yang -sorry to say-, macam tak buat studi langsung. Kekerasan lidah melayu masih jelas kedengaran membuat aku terfikir adalah lebih baik tak payah pilih latar belakang ni langsung. Kalaulah ini yang dikatakan penggabungan budaya, maka sukalah aku nak katakan bahawa ini adalah penggabungan yang fatal gagal. 

Ketiga, banyak scene yang dipegun terlalu lama tanpa mengambil kira prinsip 'sebab dan akibat'. Contohnya scene latihan silat dan scene focus muka Fasha Sanda. Wasting time. I really mean it. Muak pula menengoknya lama-lama. Lebih-lebih lagi bila scene belahan dada Fasha diberi fokus sedangkan tubuhnya dari atas sampai ke bawah bertudung litup dengan kain berjela-jela panjangnya. Berkerut dahi si Abe yang baru berusia 12 tahun tu menengoknya. One question in my head; WHY? 

ping busuk

Keempat; aku tak faham apa fungsi Encik Yusuf Al-Attas setelah dia memasuki dunia si Murni. Adakah dia telah dipukau? Kalau dipukau, kenapa boleh baca Bismillah kuat-kuat waktu makan makanan yang berulat-ulat? Kenapa dia tidak ambil tindakan apa-apa setelah sampai ke sana? Adakah kerana mereka bercinta? Tak nampak pun scene bercinta. Malah, penyatuan perasaan mereka pun tidak dapat dirasai sama sekali. Is that what you call love? 

Keempat, ketidak logikan scene akhir yang bermula bila Murni sudah tertangkap basah. Si Bongkok sempat lagi halau dia depan penduduk kampung. Anehnya, penduduk kampung cuma tercengang saja dan membiarkan Murni lari. Lari pun tak ke mana, cuma naik atas rumah. Dia nak ke mana sebenarnya? Ada tempat untuk lari ke dari bumbung rumah? Lebih aneh lagi bila Yusuf mengejarnya ke atas lalu pondok itu dibakar saat kedua-duanya masih di dalam. Cerita ditutup dengan ketidaklogikan paling besar apabila lantai bambu yang terbakar masih mampu bertahan lama sungguhpun api sudah menyala-nyala dari bawah. 
Nampak tak macamana teknik CGI ni tak synchronize dengan jalan cerita? 

Kelima; Mana penanggalnya? Kenapa mengambil jalan mudah dengan mengambil prespesktif dari mata sang balan-balan? Kenapa tak ditonjolkan kemampuan teknik CGI dengan menampilkan penampakan penanggal tersebut? Sangat malang di sini...

Satu-satunya yang aku seram dalam filem ni ialah scene sang penanggal mencabut tali pusat baby yang baru lahir. Lakonan Fauziah Nawi dalam filem ni memang two thumbs up walaupun scene nya sikit sangat. Sungguhpun scene ini tetap berasaskan ketidaklogikan seperti tingkap yang dibiarkan terbuka dengan angin yang bertiup kencang sedangkan dah tahu penanggal ada di kampung, namun setidaknya, scene ini mampu buat aku pegun juga.
Sampai ke babak terakhir, aku masih berharap sekurang-kurangnya filem ni macam Sumpahan Puaka. Ingat tak filem lakonan Imuda tu? Filem tu memang tak seram waktu ditonton, tapi rasa seram itu muncul setelah filem habis ditonton. Bila kita mengetahui kebenaran sebenar, baru kita dapat merasakan keseraman. Malah rasa seram itu bertahan sampai berhari-hari dan meninggalkan sisanya sampai hari ini. 

Tapi filem ini? 

Aku menyesal paksa family aku menontonnya. Lupakan pasal cinematografi atau the art of the film kerana tanpa jalan cerita yang bagus, semua itu tiada makna. Lebih menghairankan apabila filem ini menerima pujian sampai 4.6 bintang dari bloggers terkemuka. Whatssss? Tak apalah. Selera masing-masing. Dan bagi aku, filem Penanggal yang diterbitkan oleh sebuah syarikat perfileman di Sabah jauh lebih menakutkan dari ini. 

Tapi mungkin juga sebab family kami ni sudah terlalu akrab dengan dunia mistik maka kami susah merasa takut. Bagi yang pernah mengalami, mungkin kita akan tahu banyak ketidaklogikan dalam filem ini yang mungkin hanya dapat menipu penonton-penonton yang tidak pernah mengalaminya sendiri. That's why bagi aku Elly kena study lebih lagi. 

Apapun, beruntungnya jadi Elly. Beruntungnya jadi orang filem. Hancur macamanapun filem tetap mampu mengaut untung.

Bintang? 

None. 

0 comments:

Post a Comment