Thursday, December 5, 2013 | By: Luna Biru

Lukisan waktu

Tak mampu kulukis rasa kecewa
Mungkin kerana kecewa tak perlu dilukis
Hanya perlu dirasa dan dinikmati.

Kunyahlah kecewa itu di pinggan nestapa
kan kau rasa betapa enaknya
ramuan resipi benci bercampur cinta
yang disalut dendam dan air mata.

Telanlah kecewa itu biar cerna satu-satu
biar lumat di mulut
biar tumpat di perut
kerana besok, kecewa itu pasti akan
terhidang lagi
jadi santapan sewaktu-waktu;
saat langit sedang kering
dan hati sedang gering.

0 comments:

Post a Comment