Tuesday, December 31, 2013 | By: Luna Biru

Countdown

Lagi satu jam dari sekarang, sorakan 2014 akan dilaungkan di Dataran Merdeka. 

Dalam kekalutan Demonstrasi TURUN di sana, bakal turunkah PM tercinta kita untuk melakukan tugas laungan seperti semestinya? Mungkin tidak kot....demi keselamatan...mungkin PM hanya akan berlaung di Putrajaya saja. 

Aku tak kata yang aku setuju dengan demo ni hanya kerana entryku berkisah tentang ini. Tapi aku sentiasa mengikuti perkembangan benda ni sejak pertama kali wujud cerita si Asmaelz tertangkap kerana akaun FB-nya yang berbau hasutan. 


Aku akui barang makin naik kerana chain reaction pada empat keperluan utama yang telah dinaikkan kerajaan (minyak, gas, gula dan elektrik). Ramai yang terasa kesannya. Memilih empat keperluan ni untuk dinaik-hargakan memang satu keputusan yang 'sangat bijak'. Mahu tak mahu, semua benda pun ikut naik juga. Sehebat manapun kerajaan nak kawal dengan ugutan-ugutan kepada para pembekal, memang tak ke manalah jawabnya. Nak menafikan apakan lagi...this is fact. Either you like it or not. 

Akhirnya, mereka-mereka yang tersepit ini pun memilih untuk jadi pemberontak atas alasan BN mungkir janji. 

Kalau pemberontakan ini berjaya, adakah empat barangan ini akan diturun-hargakan? Atau cukupkah pujukan PM untuk menurunkan elaun2 para menteri? Itupun setelah didesak oleh teguran Tun M. Kalau tak berjaya, nampaknya, demo ni sia-sia sajalah, kan? Akhirnya, ia tak lebih daripada sekadar sejarah lapuk yang tak bermakna sama macam kes demo Bersih2 dan bantahan PRU13 yang lalu. 

Dalam banyak-banyak gambar, aku tertarik dengan yang satu ni:

link
The picture tells thousand words. Siapa yang kaya? Siapa yang miskin? Melayu yang miskin kot sebab yang berarak sana sini berdemo ni rata-rata melayu. Yang kaya tu Cina India sebab dorang tak terlibat dalam demo ni. Yalah...dua bangsa ni kan lebih berkuasa dalam bidang bisnes, berbanding Melayu...

Habis tu, kami yang kaum bumiputra Sabah ni golongan apa ya? Kami langsung tak berdemo meskipun harga barang di Sabah ni jauh lebih tinggi dari Semenanjung. Kenaikan empat keperluan ni semakin menambah beban kami. Tapi tak de satupun rakyat Sabah yang nak berdemo. Adakah Sabahan penakut atau pak turut? Yalah...tanpa BN, siapalah Sabah kan? Hidup BN!

10 minit lagi....

Kalau diikuti streaming tv dari sini, nampaknya konsert sudah dibatalkan atas faktor keselamatan. Penonton dah mulai beraksi dengan membaling botol ke pentas. What's next? Bakal bergegarkah Dataran Merdeka malam ni atas tuaian kemarahan anak-anak muda ni? Mampukah generasi tua yang lebih makan garam itu menenangkan gejolak kemarahan ini? 

Dan sejujurnya bagi aku, jadi atau tidak reformasi ini tidaklah penting. Apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat. Itu bukan suara main-main. Sudah sampai masanya kerajaan fikir balik segala keputusan demi kebaikan bersama seperti dalam entry ni.


Aku benci betul tema topeng muka yang dorang pakai tu....!

0 comments:

Post a Comment