Ketenangan agak sedikit terganggu semenjak kisah Balan-Balan jadi momok ngeri melanda di kampung kami. Kemunculan manusia ala-ala exotic semacam 'werewolf' ini benar-benar telah menukar segala rutin manusia yang aman-aman.
Kalau bukan kerana telah melihat dengan mata yang sanggup menjadi saksi di akhirat nanti, maka aku pun pastilah tidak akan percaya dengan semua ini. Entah apa gilanya si encik Balan-Balan ini hingga selalu muncul di kawasan rumah kami. Mungkin sedang mengincar bahan makanan atau juga mungkin tersesat jalan. Paling tidak pun, mungkin rumahnya dekat dengan kawasan tempat tinggal kami hingga dia menjadikan kawasan kami sebagai laluan mudah.
Wallahuak'lam...
Dari sebuah rasa takut dan seram-seram sejuk, aku kini sudah bertukar jadi kucing yang berdiri bulu. Aku sudah bosan hidup dicengkam takut sekaligus lelah menghadapi ketakutan anak-anak yang sangat menyebalkan. Berbekalkan keberanian seorang penakut diiringi dengan secubit ilmu yang jarang disiram, aku cuba bergabung dengan barisan pendikar paranormal untuk memburu si sang pemburu. Apa yang kami lakukan untuk menuju ke misi itu tidak dapatlah aku ceritakan di sini. Hakikatnya, pemburuan itu hanyalah sia-sia (setakat ini) kerana manusia yang berkongsi tubuh dengan syaitan ini ternyata lebih bijak mencium niat kami.
Balan-Balan dan kisahnya...
Mereka yang lebih senior dalam dunia Balan-Balan sering mengatakan bahawa makhluk satu ini sangat berbisa saat membalas dendam. Telinganya juga sangat tajam dan dia tidak akan melepaskan buruannya dengan mudah. Aku punya alasan yang kuat untuk merasa takut. Wajar saja....siapalah aku untuk menentangnya. Barangkali aku kuat saat bergabung tapi hakikatnya, kalau dia muncul saat aku lalai dan sendiri, aku yakin aku akan pengsan sebelum sempat berteriak....
Dalam beberapa entry yang lepas, aku ada mengaitkan kisah Twilight dengan Balan-Balan. Niat itu masih sama sampai sekarang. Kalau ada antara pembaca yang kebetulan singgah di entry ini, silalah klik pada link tersebut untuk memahami persepsi peribadiku dalam konteks balan-balan ini. Sekurang-kurangnya, kalau anda seorang balan-balan, dan sedang membaca entry ini, anda tidak kan mendendami aku...
Seorang kawan pernah bertanya samada berdosakah tidak kalau kita membunuh balan-balan? Hakikatnya mereka adalah manusia total yang masih bernafas malah kebanyakannya beragama Islam. Tidak semua manusia yang menjadi balan-balan atas kerelaan atau kesilapan sendiri. Ada antaranya yang terpaksa mewarisinya atas faktor keturunan. Lebih dangkal lagi bila sebenarnya ia sudah diterima oleh masyarakat sebagai suatu jenis penyakit yang boleh dijangkiti samada melalui makanan, bersalaman bahkan melalui tepukan di bahu. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian dari mereka ini tidak mengetahui bahawa mereka adalah penjelma watak antogonist ini. Jadi bagi aku, deretan manusia ini adalah wajar dikasihani dan dibantu untuk dipulihkan.
Berbalik pada isu berdosa atau tidak, maka itu perlu kita rujuk pada mereka yang lebih arif dalam bidang ini. Tapi menurut pemahaman aku, manusia-manusia ini sebenarnya masih boleh dirawat melalui kaedah-kaedah tertentu. Insya Allah, kalau betul caranya dan bersungguh bertawakkal kepada Allah, tiada yang mustahil...
Jadi saat aku menaip entry ini jam sudah menunjukkan ke angka 12.51 tengah malam.
Beberapa malam yang lepas, bunyi kehadirannya sudah dikesan seawal jam 10.00 malam. Bunyi itu akan hilang dalam masa satu jam. Dia kemudiannya akan muncul lagi pada jam 2.00-3.00 pagi.
Kami akan mendengar hilainya mengikik diiringi angin yang menderu dan bunyi zink yang diketuk. Aku difahamkan bahawa kalau bunyinya dekat bermakna jauh dan begitulah sebaliknya. Tapi aku tidak tahu pula sesayup apa bunyinya untuk menunjukkan bahawa dia sebenarnya sudah dekat dengan kita.....Kalau kau berani jenguk jendela, kan kau lihat bebola api terbang dengan kadar kelajuan yang sangat tinggi. Jangan sangka itu tahi bintang....
Seram?
Ya. Saat papan kekunci ini kuketik, aku merasa seram yang teramat sangat. Bulu roma di lengan tidak mahu menunduk. Aku dapat melihat pori-pori di tanganku mengembang dan aku dapat merasakan kedinginan di bahagian tengkukku. Tidak ada yang masih celik berjaga saat ini kecuali aku...
p/s : tulisan ini tidak berniat untuk riak atau bermegah-megah. Aku hanya berkongsi pengalaman. Maaf kalau menyinggung mana-mana pihak. Aku juga tidak berniat untuk menakut-nakutkan atau memperbesar-besarkan cerita. Mungkin ada yang merasa ini semua karut. Terserahlah...
Yang baik datang dari Allah...
ok. aku seram. out dulu. bye
1 comments:
Deq...di kuala pun ada org nmpk deq...aku pun dgr jak la...tp mgkn jg dia org yg sama kan...apa jg tu setakat takis sama kuala kan...hehehe...cam teda jak dia terbang tu....
Post a Comment