Monday, June 3, 2013 | By: Luna Biru

Hari Guru yang ceria

Acara dimulakan dengan laugan ikrar dan lagu hari guru

24 Mei 2013 adalah hari terakhir sesi persekolahan bagi pertengahan semester ini. Oleh kerana peperiksaan semester sudah selesai dijalankan, maka pada hari terakhir ini kami mengadakan Hari Guru Peringkat Sekolah.


Sesi bersalaman dengan guru. 

Sejujurnya aku agak sensitif dan sedikit malu-malu untuk merayakan hari guru ini. Bukan apa, sudah banyak feedback negatif yang aku terima semenjak bergelar guru setiap kali 16 Mei tiba. Entah kenapa masyarakat (mungkin di tempat aku saja), merasakan bahawa kaum guru ini tidak layak untuk meraikan hari guru. Bagi mereka, musim hari guru adalah musim guru-guru 'menuai' hadiah dari murid atas jasa yang telah mereka lakukan selama ini. 

Benarkah? 

Kalau kuungkitkan hal ini pada persatuan guru sedunia, pastilah akan menimbulkan kontroversi. Hakikatnya, tidak ada satu guru pun yang mengharapkan hadiah dari murid mereka. Sama seperti seorang nurse tidak mengharapkan imbalan pada hari jururawat sedunia dan kaum polis pada hari polis. 

Kak Anah memegang kad yang dibuat oleh Acik. Cantikkan? Itu usaha besar seorang budak berusia 10 tahun untuk menghargai guru mereka. 

Hanya guru yang memahami akan tugas seorang guru. Dan hanya murid yang telah melalui musim pengadaptasian saja yang benar-benar tahu menghargai jasa seorang guru. Keseronokan meraikan hari guru sebenarnya terletak pada jiwa murid itu sendiri. Merekalah yang selalu menuntut untuk meraikan hari ini, bahkan pada saat seorang guru terlupa mengenainya. 

Kebanyakan dari kita tidak pernah meraikan hari ini pada masa persekolahan kita dulu. Kita tidak pernah diberi peluang untuk menghargai jasa guru kita bahkan tidak pernah pula diajar mengenainya. Mungkin sebab itu ada sesetengah ibubapa atau sebahagian masyarakat menganggap bahawa perayaan ini hanyalah sesuatu yang membuang masa semata-mata. 


Perayaan hari guru kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya. Kalau sebelum ini kami mengadakan pesta sukaneka, maka atas idea pihak pentadbiran. Oleh kerana kami telah mengadaka dua sukan sebelum ini iaitu badminton dan bowling, maka pada hari kemuncak ini kami menumpukan pula pada acara permainan dalaman. 

Pertandingan mengumpat ketupat. Cik Amoi berbaju biru berusaha menyudahkan ketupatnya. 

Kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengikuti empat permainan yang telah diatur iaitu lawan dam, carom, dart dan menganyam ketupat. Aku sudah mencuba membuat ketupat seumur hidupku tapi malangnya usaha itu masih juga gagal walaupun aku sudah berumur hampir 40 tahun ini. Hampeh....


Setiap pertandingan dijalankan serentak. Gambar di atas ini pula adalah perlawanan carom. Hajat hati mau ikut pertandingan ini tapi sudah dipajak oleh kawan yang lain. Selain main Taken, aku boleh katakan yang aku agak teror main carom. Biasalah...lawan abah masa kecik-kecik dulu bawah pokok mangga....



Akhirnya aku ditugaskan untuk masuk dalam pertandingan dam oleh encik ketua. Ok...ini pun aku agak teror juga sebab ini merupakan salah satu permainan kesukaan aku dan abah dulu. Biasanya kami di rumah main 20-32 biji dam. Tapi ni kira ok sebab cuma 12 biji. 

Encik Ketua bersungguh-sungguh harap aku menang game ni sebab dua game sebelum ni kami dah kantoi. Apabila diletakkan harapan macam tu, aku pun jadi kalut. So aku pun berusaha memaksa otak aku untuk berfikir macam mentor aku si Abah. Keputusan akhirnya memihak aku. Ngeh...Bila tengok pix di bawah ni aku jadi tergelak. Gitu rupanya muka aku kalau berfikir ya...siap gigit kuku lagi....


Acara seterusnya ialah main dart. Ini adalah permainan paling kantoi yang aku main selain dari bowling. Kan aku dah kata yang apa saja game yang melibatkan 'aim' memang hampeh...Tapi sebenarnya aku tak ikut game ni cuma try-try saja...Nasiblah tak ikut...

Punyalah serius meng'aim' sekali kesasar ntah ke mana-mana....

Bila semua permainan sudah habis dijalankan, maka kami pun semua berkumpul di dewan makan untuk acara penutupan. 



Setelah doa dibacakan, maka acara menyampaikan hadiah pun dijalankan. Aku bertugas menjadi AJK hadiah kali ini. Maka tidak hairanlah kalau setiap gambar ada muka aku....silalah cemburu...


Aku tidak sempat menyimpan catatan tentang keputusan untuk semua pertandingan. Bahkan, sama ada kumpulan aku menang atau tidak pun aku tidak tahu. Jadi, tidak dapatlah aku catatkan di sini mengenai keputusan pertandingan. Maafkan kekurangan dan kelemahan dari pihak saya....

Yang pastinya aku dapat jack pot lucky number bila nama aku 'tercabut' oleh encik GB dalam balang. So dapatlah aku bawa balik sebiji hamper...

Bak kata seorang kawan, kalau sudah memang rezeki, tak ke mana Zue....



Ok...setakat ini dulu update aku. Apa yang pastinya, hari ini sangat mengujakan sebab esok cuti sekolah sudah bermula. Meski pun ia tidaklah benar-benar cuti sebab kelas tambahan akan diadakan plus key in data SAPS yang mesti disempurnakan sebelum buka sekolah nanti. 

Tapi istilah cuti itu sangat hebat bunyinya. Ya, jadi guru memang AWESOME!


Selamat Hari Guru buat semua warga Pendidik. Terimalah dua klip ini....

Sambutan Hari Guru Sk. Surati. Klik sini.

Dan ini video favorite aku...








0 comments:

Post a Comment