Pagi yang agak lewat untuk dimulai di tempat yang indah ini. Aku pun memulainya dengan kebengangan di otak sebab Mizan buat hal pagi-pagi buta. Tu belum lagi bila si Abe dan Acik bangun. Makin biul kepala otak aku oleh dorang semua hingga dah tak de beza lagi antara rumah dan vacation!
Setelah bersarapan ala kadar sebab save bajet untuk makan tengahari, kami pun memulai acara dengan ber-boating ria. Caj dikenakan sebanyak RM10 untuk satu setengah jam. Aku ambil dua bot kononnya nak buat lomba boat macam paintball kemarin. Tau-taunya life jacket pula tak cukup menyebabkan kami terpaksa sekali lagi menunggu giliran. Akhirnya bayaran untuk bot yang satu lagi hangus begitu saja...
Aku tak join aktiviti ni sebab masih bengang dengan keributan pagi tadi. Akhirnya aku cuma lepak di kafe yang masih lagi tak ada makanan yang aku pesan sejak kemarin petang. Come-onlah...this is 10.30 am... kalau kelmarin tiada bekalan mee, ayam dan udang, takkanlah sampai ke jam ini pihak resort cannot do somethin about it, kan?
Jadi untuk menghabiskan sedikit masa yang masih tersisa, kami pun sekadar bersiar-siar di kawasan resort. Terdapat tree house di sini yang mengingatkan aku pada sulap yang pernah kami buat waktu kecik dulu di tabasan (sawah). Pihak resort juga ada sediakan kawasan perumahan tradisional yang agak jauh ke sudut hutan jadi kami pun tak pergi sebab masa semakin suntuk.
Masa check-out yang ditetapkan di sini ialah sebelum jam 12p.m. Aku tak berapa faham istilah sebelum jam 12 sebab kalau diikutkan 11.59 pun masih dikira sebelum jam 12. Penginap akan dikenakan caj RM10 pada setiap jam yang lewat.
Anak-anak pula masih menuntut untuk mandi kolam sebelum pulang. Kalau ditengok notis yang dilekat di bahagian kolam, aktiviti kolam akan dibuka pada jam 8.00 pagi. Tapi kemudiannya pihak resort memaklumkan yang kolam hanya dibuka pada jam 1.00 ptg. Tu pun puas dirayu oleh bebudak ni baru kena buka. Aku dah agak pihak resort akan buka lambat sebab waktu dorang letak klorin pagi tadi pun dah jam 10 pagi.
Jam 3.00 petang kami keluar dari resort menuju ke persinggahan wajib di Pekan Ranau iaitu Restoran D'Siring Cafe. Restoran ni anak buah aku yang punya, si Jai namanya. Jai ni memang paling rapat dengan aku dari dulu. Suka bila dah tua-tua macam ni hubungan kami masih juga macam dulu. Errr...sorrylah ya...aku ni bukan family bisnes, tak dapatlah aku nak mengaku yang bisnes-bisnes besar tu family aku punya (haha...aku nyindir seseorang ni pasal menyampah sesangat).
Perjalanan pulang kami teruskan dengan segala kegundahan di hati. Jammed teruk sepanjang Ranau-KK terus mendera perasaan. Akhirnya kami singgah di Jalan Sulaman menikmati McD sebelum akhirnya pulang ke Papar...
So demikianlah sekelumit kisah dari perjalanan kami pada musim ini. Seronok memang seronok. Lebih seronok lagi sebab aku rasa perjalanan ini sangat berbaloi dengan keriangan anak-anak. Mereka bukan sahaja mempelajari perkara baru tetapi juga menemukan sesuatu yang lebih baik dari percutian sebelumnya...
Alhamdulillah...
0 comments:
Post a Comment