Monday, June 10, 2013 | By: Luna Biru

Damai Eco Ranch Ranau : Pilihan yang tepat



Cadangan untuk menikmati minggu terakhir cuti ini hampir batal kerana desakan kewangan yang agak limit sebenarnya. Lebih dari itu, aku juga terus terperangkap dengan permasalahan menyiapkan urusan Hari Keluarga Hajah Salmah & Sulaiman yang menuntut lebih komitment dari aku. 

Tapi syukurlah dua peristiwa dari dua manusia yang begitu aku harapkan menjadi penyokong (yang kemudiannya menjadi watak antogonis) telah memberi aku alasan kuat untuk meneruskan percutian ini. Sungguh tidak adil apabila aku terpaksa mengorbankan kepentingan keluarga aku sendiri semata-mata untuk memuaskan hati kedua manusia antogonis ini. Mungkin Tuhan sengaja bangunkan aku yang hampir leka dengan janji. Alhamdulillah...




Jadi, destinasi pilihan untuk bercuti kali ini ialah Damai Eco Ranch yang terletak di Lohan, Ranau. Tempat ini disuggest oleh cik Ann Taten yang pernah ke sini dua tahun lalu. Setelah digoogle-google, ternyata memang tempat ini sesuai untuk aktiviti keluarga kami yang mencintai adveture ini. 

Lokasi Damai Eco Ranch terletak agak jauh ke pedalaman. Papan tanda yang agak kecil di sebelah kiri dari Pekan Ranau, mungkin boleh menyebabkan kita terlepas pandang. Jalan juga agak sempit yang kurasa dibuat atas inisitif penduduk kampung ataupun pihak resort sendiri. 

Kami sampai tepat jam 2.00 petang. Agak kecewa sedikit sebab pihak resort hanya menyediakan 2 bilik instead of 3 yang telah ditempah. Lebih mengecewakan sebab dorang menafikan hal ini bila aku berkeras mengatakan yang aku memang membuat tempahan 3 bilik. Bukan apa, kami datang pun tiga keluarga bro...takkan nak sumbat semuanya dalam dua bilik! Anak aku saja ada 6, anak Along ada 4. Tu belum masuk adik aku. Nasib baiklah umi tak jadi ikut. Kalau tak, maunya kami terpaksa cari hotel lain. 


Setelah berehat sekejap, kami pun mulai mengatur aktiviti yang akan kami jalani sepanjang tempoh berada di sini. Aktiviti pilihan pertama yang sudah tak sabar-sabar untuk dimainkan ialah Paintball. Ini adalah percubaan pertama bagi kami semua sebab belum ada satupun antara kami yang pernah mencuba permainan ini sebelum ini. Dengan kadar bayaran RM230 untuk 1500 pallet (4 pax), maka kami pun mulai memecahkan kumpulan setelah taklimat keselamatan diberikan oleh encik urusetia a.k.a marsyal. 

Team kami

Oleh kerana bajet yang agak ciput, maka kami pun terpaksalah main secara berganti-ganti. Dua game pertama dimainkan oleh anak-anak dan abang sebagai ketua. Game ketiga baru aku masuk. Kami kalah straight set dengan team ayah. Haha...

Yang ni team ayah

Masuk game ketiga barulah aku masuk. Fuh...waktu ni rasa macam zaman kecik-kecik dulu main kombat dengan cousin-cousin aku yang lebih ganas dari askar Tanduo. Kalau dulu kami main dalam hutan dengan menggunakan peluru dari biji getah. Kalau kena maunya terkupas kulit ooo...tu belum lagi kalau kena kepala. 


Agak sukar bagi aku nak beraksi disebabkan bau yang agak ganas pada topeng yang sedang dipakai. Memang busuk, basah dan agak melekit. Aku tak dapat bayangkan banyak mana kuman yang ada dalam topeng tu. Cermin topeng juga agak kabur sebab terdapat banyak calar. Tapi itu semua tidaklah mematahkan semangat aku sebenarnya. Hal paling besar yang mencacatkan prestasi ialah waktu ni baru aku sedar betapa beratnya badan aku...huhu...nak bangun dari tempat persembunyian dan berlari ke tong yang lain punyalah seksa....

Bila pallet habis, yang tinggal ialah ketidakpuasan bermain dan cedera di badan masing-masing. Abang kena di lengan, Anis dan Arin kena di kaki, dan begitu juga yang lainnya...aku? Hmmm.....


Ok. Off dulu. Nanti aku update lagi. Lepas main paintball ni kami buat flying fox pula...








0 comments:

Post a Comment