Rumah sudah siap tapi pahat terus berbunyi....
Memang sadis.
Sadis kalau kita sentiasa berhadapan dengan manusia yang tidak pernah mahu puas selagi pendapat dan cadangannya tidak diterima oleh manusia lain. Mungkin bagi mereka istilah pendapat tidak wujud sama sekali. Kenapa tidak tukarkan saja pada istilah arahan? Lebih sesuai untuk mereka yang bersifat diktator dan kuku besi!
Fahamilah bahawa semua manusia selalu merasakan bahawa pendapat mereka adalah betul dan terbaik. Kau punya pendapat dan aku juga punya pendapat. Malangnya, setiap kita punya cara berfikir yang berbeza bergantung kepada keperluan. Sebab itu mesyuarat perlu dijalankan bagi mengambil suara pihak majoriti. Pendapat yang dikira terbaik pun akan melalui proses pemurnian. Bahkan, pendapat yang kurang sempurna bentuknya pula tidak akan dibuang terus melainkan ditambah mana-mana yang patut agar kebaikannya berpihak pada semua orang.
Malangnya Encik Pahat tak pernah puas juga.
Jari terus dituding pada aku
Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak, itu hakikat. Apa yang penting ialah kepuasan pihak majoriti. Pendapat adalah pendapat. Manakala arahan tetap arahan. Janganlah berkecil hati dan menganggap bahawa manusia itu bodoh a.k.a ridiculous kalau pendapat sendiri tidak diterima. Setiap keputusan ada pro dan kons. Aku juga bukan sesuka hati 'menyiapkan rumah' ini tanpa mendapat mandat dari pihak-pihak tertentu.
Berhentilah untuk terus mencari salahku. Kau tidak memperlihatkan kematangan melainkan kebodohan sebagai pemahat tegar. Macam Anwar Ibrahim yang tak mahu kalah. Asyik salahkan orang saja.
0 comments:
Post a Comment