Monday, June 10, 2013 | By: Luna Biru

Damai Eco Ranch : Pilihan yang Tepat (Episod 2)


Belum pun sudah penat berpaint ball tadi, kami meneruskan juga ke aktiviti flying fox (kurubung terbang). Caj dikenakan sebanyak RM15 seorang. RM12 kalau berkumpulan dan RM8 kalau mengulang terbang. 

Aktiviti ini mungkin tiada masalah bagi Anies, Aieman dan Abe sebab dorang pernah mewakili peringkat negeri sebelum ini bagi acara ini. Jadi kami cuma mau tengok si Ade, Arin, Aiezzat, Acik dan Ayang yang pertama kali  melakukannya. Nasib abang sudah pernah sekali buat aksi stunt ni waktu di Malanggang hari tu, kalau tak, confirm dia pun jadi bahan tonton Anies yang sudah sedia untuk gelakkan dia.



Oleh sebab bahan agak kurang maka kami diarahkan untuk naik mengikut giliran. Satu giliran empat orang. Macam biasa, aku kasi chance dorang naik dulu sebab nak ambil gambar. Kalau diikutkan jarak dari segi ketinggian dan 'kejauhan' tidaklah sengeri jarak di Malanggang. Bagi yang pernah melakukan aksi ini mungkin ianya tidaklah begitu mencabar. Tapi bagi mereka yang belum pernah, mau juga terjerit-jerit atas kabel. Paling lucu bila si Acik sampai putih pucat. 


Giliran terakhir ialah giliran aku dan Anies. Penat jugalah nak naik di atas bukit yang agak licin dan curam. Itu baru kira cabaran pertama. Lama juga aku ambil masa untuk redakan jantung aku yang dah tua tu...Akhirnya pasal jantung aku tak tenang-tenang juga, terpaksalah Anies terbang dulu sebab dia dah tak sabar-sabar lagi...


Akhirnya tibalah juga giliran aku sebagai peserta terakhir. Awal-awal lagi si encik urusetia agak terperanjat sebab aku diberi kabel yang mempunyai kelajuan sejauh 120km/j. Normal kabel cuma 80km/j. Aku tiada masalah sangat pasal benda-benda macam ni. Jantung aku meski tak kuat mana tapi kira bolehlah juga sahut cabaran... 



Apa yang pastinya, kami semua seronok betul hari ni sebab dapat try aktiviti baru dalam diari kehidupan keluarga kami. Lepas ber-flying fox, budak-budak hentam mandi kolam sampai maghrib. Waktu ni juga pihak receptionist inform aku yang dah ada bilik kosong disediakan untuk kami. Ha...kalau urus awal-awal kan senang? Apadaa....

Oya, untuk informasi, bilik di sini agak murah bermula dari RM80 - RM100. Asrama juga disediakan iaitu RM30 satu kepala dan RM360 untuk satu bilik. Satu bilik asrama boleh memuatkan 12 orang. Jadi pada anda yang mempunyai ahli keluarga yang terlebih macam kami, mungkin lebih sesuai pilih bilik ni. Camping site juga disediakan iaitu RM5 satu site tapi kena bawa tent sendiri. 

Ok. Aku rehat dulu jap. Tunggu aktiviti kami malam ni tau...!








0 comments:

Post a Comment