Tuesday, October 16, 2012 | By: Luna Biru

Twilight VS Balan-Balan

http://mandarox.wordpress.com/2012/05/17/twilight-saga-book-review/

Kisah Bella dan cinta keramatnya bersama vampire dan serigala jadian adalah lagenda orang barat yang klise. Sejak kecil kita sudah disogok dengan kisah begini hingga kita sudah hafal benar hantu jenis ini lebih dari hantu di negara kita sendiri. 

Istimewanya Stephenie Meyer ialah bila dia mampu menghuraikan kisah ini dalam bentuk yang sebegitu indah.

Lalu aku pun terfikir untuk membuat kisah cinta antara manusia dan hantu dalam bentuk yang paling romantik dan penuh tragedi. Satu-satunya 'hantu' yang muncul di kepala aku adalah balan-balan (walaupun sebenarnya balan-balan bukan hantu tapi keturunan).

Mesti best kan? Haha...abang bilang tak komersial langsung hantu yang aku pilih. Tapi aku rasa yang penting ialah jalan cerita, kan? haha...(lagi).

Masalahnya, aku sudah lama mencari manusia balan-balan ini tapi tak ada satupun yang pernah mahu mengaku bahawa dirinya adalah balan-balan. Paling-paling pun, maklumat yang ditemui hanya berkisar dari cerita orang. Aku mahu sesuatu yang lebih. Aku mahu membawa perspektif dari dunia si balan-balan; aku mahu tahu apa perasaanya, dan apa peranannya; serta apa yang sanggup dilakukannya untuk menghentikan sumpahan itu. Aku percaya bahawa balan-balan itu sendiri tidak mahu menjadi dirinya dan betapa sebenarnya, dia juga mahu jadi seperti manusia lain yang menjalani kehidupan yang normal.

Kalau ada antara kalian pembaca yang balan-balan, tolong email saya k....tolong ceritakan pada saya segala-galanya; tentang penderitaan, tentang perjuangan untuk pembebasan dan tentang cinta yang tidak kesampaian. Kalian juga manusia kan? Setiap manusia itu berhak untuk punya kisah untuk dikisahkan. 

p/s : Tapi jangan jadikan aku mangsa ok....


1 comments:

shafizah said...

ahhhhh (jerit) saya paling takut cerita tentang balan-balan. tengok balan balan dalam tv pun buat tak tidur malam

Post a Comment