Friday, June 14, 2013 | By: Luna Biru

kita ni ketam, tau tak?

Bila anak2 minta izin untuk stayback di sekolah sementara tunggu latihan sukan waktu petang, aku akan marah2. Bagi aku apalah salahnya pulang dulu: makan, mandi, rehat sekejap...sementelah pula rumah pun bukannya jauh mana. Tak sampai lima minit berjalan kaki pun...

Abang pun tak galakkan anak2 buat begini walaupun si anak berusaha yakinkan kami yang cikgu dah sediakan makanan untuk dorang.


Tapi dalam usaha menerapkan nilai cintakan rumah dan mendidik anak tentang penyeimbangan dalam hidup ini, kita tak sedar yang kita pun buat benda yang sama juga. Kita pun sanggup tak pulang rumah dan lebih rela bermalam di pejabart atau sekolah (kecuali waktu kamping), atas alasan yang sama. Padahal, rumah dan tempat bertugas cuma sepelaung jauhnya...

Jadi bila anak2 sudah tahu menilai, dorang akan pertikaikan benda ni. Ya...mak bapak pun dah cakap tak serupa bikin. So sudah tiada alasan untuk buat kita jadi betul sebab kita pun dah jalan serupa ketam.

Bila anak2 terlebih bagi perhatian pada hal sekolah dan aktiviti kokum, kita juga akan naik berang dan kata yang anak kita ni tak pandai nak bahagikan masa dengan baik. Tapi sedar tak sedar, anak tu sebenarnya sedang mencermin diri kita sendiri. Dah itu yang dorang nampak, doranf copy sajalah kan? Mungkin dorang ingat itu cara yang betul...

So pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ini sebenarnya adalah sesungguhnya berpunca dari kita
 Tapi biasalah...nama pun mak bapa jadi ego mesti lebih benar dari kebenaran. Sifat melampau dan berlebih-lebih hingga tak tahu buat penyeimbangan dalam hidup mungkin penyakit keturunan yang diwarisi dan diwariskan.

Kalau lepas ni si 'mak bapak' ni tak insaf2 juga, tak faham bahasa juga, jadi jangan hairanlah kalau hal sialan ini terus jadi onar dalam kehidupan kami.


P/s : aku benci sifat berlebih-lebih

0 comments:

Post a Comment