Friday, October 12, 2012 | By: Luna Biru

Man Sewel Datang KL

Gambar di sini
Mulanya aku fikir cerita ni macam kisah si Ampal datang KK.

Ada persamaannya juga sebab si Ampal dan Man sama-sama sewel dan lurus bendul. 

Terus-terang, aku rasa filem ini lebih layak dipanggil telemovie yang ditayangkan pada waktu-waktu prima. Secara keseluruhannya, aku dapat terima jalan cerita tapi ada beberapa babak yang menimbulkan keraguan sampaikan aku terpaksa rewind balik takut kalau aku sudah terlepas babak yang terkait ke babak yang membingungkan tu. Tapi rupanya tidak. Nyatanya, si pengarah filem memang ter'skip' beberapa adegan mungkin dengan harapan penonton tak perasan. Tapi maaflah...memang tak boleh nak elak sebab babak tu penting. Kita pun sebenarnya tertunggu-tunggu bila adegan tu mahu dikupas tapi malangnya, pengarah mengambil jalan mudah untuk menghabiskan cerita.  


Kredit memang patut diberikan pada Shuib atas kespontanan lakonan yang sesuai dengan watak bodoh-bodoh alangnya. Dia sajalah punca aku untuk terus bertahan. Selebihnya, hanya dahi saja menjadi saksi atas kekerutan yang amat sangat. 

Tolonglah...aku memang paling benci filem yang ambil jalan mudah macam ni!

Review terbaik di sini

0 comments:

Post a Comment