Kata abang, lelaki itu sifatnya suka memberikan element of suprised kepada wanita yang dicintainya. Hanya takat kemampuan yang membatasi diri. Tapi percayalah bahawa setiap lelaki itu akan selalu cuba membahagiakan wanita yang dicintainya, dalam bentuk apapun, meskipun sama sekali tidak disedari oleh wanita itu.
Lalu aku pun cuba menggali-gali the element of suprised yang pernah abang lakukan untuk aku sebagai pengukuhan pernyataan cintanya pada aku...
...aku paling ingat waktu di maktab dulu abang belikan aku biskut oreo selepas aku pulang berhujung minggu di Papar. Waktu tu dahi aku berkerut dan bertanya kenapa dia sambut aku dengan biskut oreo? Pertanyaan aku memutuskan saat yang sepatutnya romantis itu sebab mukanya jadi merah menahan malu. Oh...mungkin aku tak sepatutnya tanya soalan bodoh tu dan mungkin aku sepatutnya cuma tunjukkan rasa terharu sebab dia ingat biskut kegemaran aku...
...waktu harijadi aku yang ke 21, aku berkeras mahu dibelikan hadiah oleh abang tak kisahlah walau harganya murah (sebab waktu tu pun kami masih sama-sama student). Yang penting, aku mahu ianya dari hasil kreativitinya sendiri sebab aku tahu abang memang seorang yang sangat kreatif. Akhirnya abang hadiahkan aku sebuah beg yang dibuat dari jaket kulit berwarna hitam. Jaket tu dibelinya di rombongen dan kemudian dihantarnya di kedai jahit untuk dijadikan beg. Oh...memang kreatif...dan sangat suprise...
...waktu anniversary kami yang pertama, waktu tu, Arin baru lahir dan aku sedang menyusukannya di ruang tamu. Abang ada dalam bilik. Dari luar, aku nampak dia bertungkus-lumus mengemas bilik tapi aku biarkan saja. Tak lama lepas Arin tidur, abang panggil aku ke bilik. Bila aku masuk saja, aku terperanjat besar. Rupanya, abang sediakan candle light dinner dalam bilik! Wah...terharunya...lebih mengharukan sebab dinnernya cuma telur dadar dan air oren sebab waktu tu belum gaji lagi...aku menangis waktu tu sebab aku sebenarnya tak ingat pun hari tu adalah anniversary kami. Sandi betul jadi aku ni, kan?
Suprised-suprised indah seperti itu pun kemudiannya hilang tahun demi tahun. Mungkin abang sudah kehilangan kreativitinya atau dia sudah penat untuk menyuprisekan aku yang agak kayu ni (bak kata kawan aku). Tapi bila kufikir-fikir, abang sebenarnya hanya menukar rentak elemen itu dalam bentuk yang kurang aku pergoki. Hakikatnya, dia sentiasa ada untuk membuat aku merasa terharu dengan bantuan-bantuan yang sering dihulurnya pada saat aku berkemelut dengan bidang tugas sebagai guru. Dia tiba-tiba hadir menjadi jurulatih pasukan kawat dan bola balingku; dan dia juga tiba-tiba hadir untuk menggantikan aku menjadi penceramah pengakap waktu slot simpulan dan ikatan (sebab dia tahu aku lemah bab ni; dia juga tiba-tiba menjadi pengawal kepada murid-muridku saat aku menjadi kem komandan meskipun dia terpaksa menghadapi kebencian orang kerana campurtangan dalam urusan sekolahku...
Semua yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang dirancang malah pada banyak waktu, aku tidak pernah menyuarakan apapun untuk meminta pertolongannya.
Hanya baru-baru ini abang memulai lagi element suprisenya yang macam dulu-dulu waktu meraikan harijadiku yang ke-35 di Full House Restaurant....
Mungkin aku agak sedikit kayu dalam menerima suprise-suprise. Mungkin aku tidak terbiasa dengan hal-hal yang menuntut keromantisan kerana aku sendiri bukanlah manusia yang akan selalu memberikan kejutan kepada orang yang aku sayang. Tapi kalau benarlah lelaki itu sifatnya suka memberi kejutan, maka agak malanglah bagi my ex-ex yang terlanjur menghadapi kekayuan aku sebelum-sebelum ini.
Dan, kalau benarlah lelaki itu sifatnya suka memberi kejutan, maka barangkali mulai saat ini aku harus lebih terbuka dan bersedia menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ni kalau abang bagi kejutan lagi, dia pula yang akan terkejut dengan keharuan aku.
To my dearest abang...
Terima kasih sebab beri peluang pada saya merasa menjadi wanita yang sempurna dan dihargai. Mungkin saya nampak macam manusia yang tidak tahu menghargai. Tapi percayalah, saya hanya terlambat memberi respon.
Love.
0 comments:
Post a Comment