Friday, October 12, 2012 | By: Luna Biru

29 Februari

Harap pix ni tak dideletkan lagi oleh admin

Sekali lagi KRU mencabar diri mencipta fenomenan baru dalam filem 29 Februari. Kuasa sentuhan Edry benar-benar menjanji sebuah kelainan. Mengulang kejayaan dalam filem Magika, Edry sekali lagi memilih tema muzikal dalam meringankan beban kisah cinta antara dua bangsa utama yang hebat ini. 

Budi, lakonan Remy Ishak, yang lahir pada 29 Februari, dikurnia satu anugerah untuk kekal muda walau zaman berlalu pergi. Kehebatan Edry terserlah di sini apabila beliau berani mengambil risiko dalam mempersembahkan peredaran zaman ini yang nyatanya berlangsung selama 120 tahun. Bermula dari zaman jajahan British, taklukan Jepun, zaman yankee ke hippies, lalu ke zaman Brorey Marantika hinggalah ke tahun 2012. Edry begitu teliti pada setiap detail hinggakan kita benar-benar merasa melihat filem sezaman itu.

Lebih dari itu, Edry menjadikan tarikh keramat 31 Ogos sebagai perlambangan yang sangat melankolik pada filem ini. Target utama Edry untuk memasarkan filem 3D pertama ini ke luar negara pastinya akan menjadi lebih bermakna kerana ia secara tidak langsung memaparkan kronologi sejarah tanah air. 

Namun sayang, dengarnya filem ini hanya memungut RM400 ribu di pawagam! 

Banyak mesej tersirat yang cuba dipaparkan dalam filem ini. Aku suka bila melihat penyatuan tiga kaum utama di Malaysia disatukan tanpa perlu menampilkan dialog-dialog yang klise tentang perpaduan. Perpaduan dilihat dalam cara yang bersahaja. Bahkan, tanpa isyarat 1 Malaysia sekalipun! Sebaris ucapan Tun dalam klip tahun 1969 sudah cukup untuk menyuntik rasa cintakan keamanan. 

29 Februari adalah sebuah kisah cinta yang nyata meninggalkan bekas di hati kita. Bahawa cinta itu bukanlah bermakna apa-apa tanpa sebuah rasa sayang dan kesetiaan. Sayang membuat kita bertahan manakala cinta membuat kita berjuang. 

Kepada anda yang belum menyaksikannya, silalah ke link di bawah. Atau kalau masih sempat, langganlah Astro First!


RECOMMENDED!

0 comments:

Post a Comment