Berita penuh di sini |
Namanya Jcyanty Jamaludin. Orangnya manis dan sangat ramah. Dia membahasakan dirinya Dayang. Anak kelahiran Sarawak ini sebenarnya adalah pemilik Borneo Chocolatier yang sudah bertapak di Miri, Sarawak.
Petemuan dengannya adalah satu rahmat. Dayang tidak sahaja manis dalam tutur katanya, tapi juga sangat tidak kedekut berkongsi ilmu. Melaluinya aku belajar lebih dari sekadar dunia coklat. Seperti sebuah kotak coklat yang tertutup dan indah, Dayang bagiku juga sangat bermisteri. Diamnya berisi. Senyumnya yang tak pernah lekang dari bibir membuat kita merasa betah menjadi sahabatnya. Dia adalah lambang wanita berani dan tabah. Dia begitu berani keluar dari kotak tradisional kek lapis untuk mencipta sebuah ambisi baru dalam bidang coklat yang kiranya mempunyai peminat minimal di tempatnya.
Namun aku percaya bahawa Dayang berada di landasan yang betul. Mungkin ia mengambil masa kerana menjadi yang pertama itu selalunya sukar, tapi seringnya akan berhasil. Nun jauh di sini aku sentiasa mendoakan kejayaannya. Meski pertemuan kami begitu singkat untuk dinikmati, aku mahu Dayang tahu bahawa dia sudah mempunyai tempat dalam carta idolaku.
Keep it up, Baby!
0 comments:
Post a Comment