Friday, October 12, 2012 | By: Luna Biru

Hantu Air

Gambar dari sin
Maaf cakap. Tapi aku sememangnya terkejut kalau filem sebegini masih wujud di zaman 2012 ini. 

Filem ini memaparkan kisah Hantu Air, iaitu sejenis hantu yang rasanya belum pernah dijadikan pilihan oleh mana-mana penerbit di Malaysia. Murali mungkin cuba menampilkan kelainan. Namun malangnya, seperti kesilapan mana-mana 'pemfilem' lainnya, kajian dan homework yang kurang menjadikan filem ini cacat dari serba-serbinya. Terumbang-ambing tanpa tahu kemana hala tuju meskipun pada mulanya ianya bermula agak baik. 



Ia bermula dari kisah Fauzi, seorang pemuda yang berjiwa kacau selepas kematian keluarganya. Trauma telah membawanya ke sebuah penginapan yang kebetulannya mulai menerima serangan-serangan misteri. 

Serangan demi serangan pun bermula serancak kesilapan demi kesilapan yang berlaku. Perkaitan demi perkaitan tak mampu dijalin dengan baik yang hanya menimbulkan rasa jemu yang menjaruk rasa. Komedi yang ditampilkan juga sangat klise. Sama seperti komedi yang pernah kulihat di zaman kegemilangan lawak A.R. Badul. Penerbit tidak mampu menyuntik elemen komedi yang baru; nampak sangat mentalitinya masih terbawa-bawa pada dunia sezamannya. 

Oh, maaflah. Tidak ada yang dapat dikagumi. Ia adalah sebuah filem yang malang. Come-onlah wake up wahai penerbit sasa filem melayu! Buatlah kajian pasal jalan cerita dulu sebelum berani untuk melayarkannya! 

Review terbaik di sini

0 comments:

Post a Comment