Tapi desakan komitment lain menjadikan projek ini tertangguh sampailah ke hari Sabtu (20 Okt 2012). Oh...tolonglah. Masa yang ada begitu suntuk sedang segalanya harus siap dihantar pada hari Isnin (22 Okt 2012).
Projek Bola & Buku adalah sebuah projek filem pertama bagi Sk. Surati dalam mempertaruh cabaran dalam pertandingan Festival Filem Pendek JPNS. Sudah dua tahun hasrat untuk mengikuti pertandingan ini tertangguh oleh desakan masa. Kali ini kami tetap dihadapkan cabaran yang sama. Namun, sumpah yang tertanam dalam diri membuat kami, KRU Produksi SAKTI MOVIE PRODUCTION gagah meneruskan langkah.
Shooting bermula pada hari Sabtu, setelah berhempas-pulas mencipta skrip dan merancang angle pada hari sebelumnya. Taklimat terpaksa diberi secara laju, tanpa motivasi atau penghayatan. Hanya bersandar sepenuhnya pada pengalaman sedia ada dan kemampuan kreativiti yang diharap akan menjadikan suatu keajaiban lagi. Kami sudah berjaya melepasi tentangan itu pada pertandingan yang lepas untuk cabaran Openoffice. Maka adalah juga diharap agar keajaiban itu berlaku lagi sekali ini.
Proses editing pula bermula pada tengahari, hari Ahad. Proses ini diteruskan tanpa perlu memberi rehat pada minda dan mata. Lalu akhirnya, projek sepenuhnya siap 10 minit sebelum azan Subuh berkumandang pada pagi Isnin yang keramat.
Intan Shahera, Iman Haiqal dan Nur Danisya (Anis) adalah tiga tunggak utama kekuatan dalam projek filem pendek ini. Intan bertindak sebagai pengarah, manakala Abe menjadi pelakon dan penyunting muzik. Anis pula memikul beban menjadi jurugambar. Tugas maha berat yang terpaksa dipikul Anis adalah menjadi penyunting sepenuhnya kepada filem ini.
Oh...tak sabar rasanya nak publish di YOUTUBE supaya boleh dapat komen dari rakan-rakan dan penonton. Tapi maaf ya, filem tersebut masih dalam kuasa BTP hinggalah keputusan diumumkan.
Mungkin hasilnya tidak seberapa. Tapi sebagai guru pembimbing, aku merasa sangat bangga dengan hasilan mereka. Bayangkan murid tahun 5 dan 6 berjaya menyiapkan sebuah filem pendek untuk durasi masa 10 minit! Untungnya budak sekarang. Zaman aku umur macam dorang, pegang kamera pun kena maki. Haha...
Life is great!
Tahniah buat semua yang menjayakan filem ini.
Apa yang terindah ialah kecekalan hati murid-murid cilik ini menyempurnakan hasilan sehebat ini. Bagi aku, dorang sudah berjaya.
Tahniah semua....
Tahniah semua....
0 comments:
Post a Comment