Day 2
Assalamualaikum dan salam ceria…
Ha…inilah the real kampung aku, Kampung Segangan. Umi lahir di sini meskipun kedua orang tua umi bukan berasal dari sini. Apa yang aku tahu, bapa Umi merupakan anak jati Sarawak dan mak Umi pula berasal dari tanah Banjar. So, macamana dorang boleh bermastatutin di sini, aku pun tak tahu sangat ceritanya. Apa yang aku tahu, inilah kampung aku…Silalah konpius...
Waktu jejakkan kaki ke tanah Segangan setelah berbelas tahun tak balik, aku cuba recall balik segala memori pasal kampung ni. Aku cuba ingat balik rumah nenek yang luas dan kemas, rumah Mak Long yang banyak hiasan dalam almari kaca dan telaga di rumah nenek yang sangat menyeramkan. Aku cuba juga panggil balik wajah-wajah sepupu sepapat aku yang aku tak berapa rapat dari dulu. Tapi semua bayangan yang aku panggil-panggil tu tak berapa tergambar dengan jelas di kepala aku. Mungkin sebab aku sudah terlampau banyak beranak jadi urat di kepala aku sudah memutuskan segala ingatan tentang semua tu. Satu-satunya yang masih kekal dalam ingatan aku ialah rumah nenek. Meskipun nenek sudah lama tiada, namun aku benar-benar berharap agar rumah nenek masih ada di situ. Aku rasa itu sajalah panduan aku untuk mengingat kembali zaman kanak-kanak aku sewaktu bersama nenek. Ceh..macam orang kena amnesia pula bunyinya, kan?
Dan…ya…ketika kakiku jejakkan di tanah Segangan, ternyata, segalanya sudah jauh berbeza dari apa yang pernah kuingat dulu. Rumah Pak Long sudah bukan lagi rumah papan bertiang tinggi tapi sudah digantikan dengan rumah konkrit dua tingkat yang cantik warna purple. Kampung aku yang dulu ada koko dan kelapa kini sudah digantikan dengan kelapa sawit. Rumah nenek yang luas, tegap dan kemas dulu kini sudah jadi seusang memori aku. Cuma telaga yang aku sangat seramkan dulu masih di situ, tanpa sebarang perubahan. Denai-denai hutan yang kami jalani dulu untuk sampai ke rumah Mak Meng sudah disiang dan tidak gelap lagi. Sungai yang dalam berlubuk dulu kini cuma separas buku lali.
Oh…inilah kampungku…sudah jauh berubah…16 tahun adalah jarak yang lama sekali. Sayang aku tidak ada di sini untuk menyaksikannya berubah sedikit demi sedikit.
Ok. Jom layan tengok aktiviti kami hari ni...
1 comments:
Sedih tengok rumah nenek kan?? Tidak semegah dulu... Tiada rumput permaidani seperti dulu, tiada hiasan bunga-bunga segar seperti dulu, Tiada Merpati seperti dahulu... Semuanya suram sesuram ketiadaan nenek... Sob Sob Sob teringat Arwah Nenek... AlFatihah...
Post a Comment