Tuesday, October 29, 2013 | By: Luna Biru

Lawatan ke Ranau (Hari Kedua)


Pagi yang malas dan lemas. 

Kadang kita kena terima hakikat bahawa tak semua idea percutian itu seindah impian kita. Jangan persoalkan pasal wang ringgit yang dihabiskan semata-mata untuk berada di tahap ini. Ikhlaskan saja. Kita merancang. Allah menentukan. Amin. 

Jadi perjalanan kami bermula dengan menjejak kaki ke Poring yang boring. Aku macam anti sudah sama tempat ni. Terbayang kebosanan menunggu kanak-kanak yang gila mandi sepuasnya di kolam. Terbayang kegelisahan yang tak mampu escape untuk ambil break sebab takut nanti ada yang bosan jadi penjaga. Ya. Aku benci tempat ni. Bahkan, kenangan indah bersama rombongan Keluarga Ag.Ali dulu pun tidak mampu membuat aku menyintai tempat ini kembali.


Syukurlah kami dilarang membuat aktiviti air atas sebab keselamatan. Jadi programnya lebih menjurus pada ketik-ketik kamera saja. Namun aku tercabar untuk menaiki kanopy yang dulunya pernah kutawan dengan membunuh semangat kegayatan. Tapi, kaki tua ini sudah lenguh benar memanjat anak bukit setinggi 200meter itu. Nafas pun sudah separuh keluar, separuh terperangkap dalam paru-paru. Cheh....ada hati nak tawan gunung Kinabalu? Confirm terbujur kaku di Laban Rata lah jawabnya...



Hajat hati nak bersama pelajar ke War Memorial terkubur bila kami sefamily sudah letih dan lapar benar. Akhirnya kami lawat juga si Jay di warung Siring Cafenya. Bila masa makan habis dan kami mengejar dorang ke Kundasang, lawatan sudah tamat. Abe tengok aku dengan pandangan yang aku benci. Aku tahu dia cuba buktikan pada aku yang dia betul dan aku salah. Agh!

Final destination kami ialah Ladang Lembu yang sememangnya berbau busuk. Aku suka panorama di sini dengan rumput2 hijau yang bugar. Terasa macam nak sedut udara sepuas-puasnya. Tapi errrrkkkk....nak muntah!


Jadi lawatan ini pun berakhir di sini. Kami pulang dengan kepenatan yang melampau2. Kesian abang. Rasa bersalah pula bawa dia dalam team ni. Apapun, aku cuma berharap agar budak-budak ni dapat menikmati kegembiraan dalam lawatan ini dan mengenangnya sebagai sesuatu yang indah dalam hidup dorang. Meskipun hajat nak bermain paintball, berflying fox dan bermandi kolam tidak tercapai, tapi mungkin dorang dah gantikan impian itu dengan sesuatu yang lebih baik. Amin...





0 comments:

Post a Comment