Tuesday, October 29, 2013 | By: Luna Biru

Cabaran ke D-CODE & mimpi ke Amerika



Aku menerima tawaran untuk ke D-Code ini dengan hati yang berbunga-bunga. 

Manakan tidak, aku begitu rindukan hectic dalam dunia-duniaku yang sepi sejak akhir-akhir ini. Aku juga berharap benar dapat mengulang lagi kemenangan yang kami cipta bersama Anies dua tahun lepas. 

Gambar ehsan dari FB DCode

Jadi, pada tarikh yang aku sudah lupa itu (sebab entry ini sudah lama terperuk dalam draft), aku dan lima calon sekolah pun berangkat ke Oriental Hotel. Kononnya nak mempertaruhkan nasib untuk sampai ke Amerika, seperti yang tercatat dalam terma hadiah. Malangnya, setelah dua minggu berlalu, baru aku tahu bahawa sekolah rendah tak perlu hantar karya. Tawaran itu hanya dibuka untuk sekolah menengah saja. Sentap betul hati aku...terasa sia-sia menghabiskan masa dengan Fye seminggu ni sebab nak siapkan projek Maviel. Apadaa....apasal tak bagitau dari awal-awal lagi? Jadi, taklah kami ni berharap benar. Sekarang, aku dah tak tahu nak cakap apa dengan Fye dan budak-budak tu yang dah siapkan projek dorang sampai ke tengah-tengah malam...
Gambar ehsan dari FB DCode

5 hari berada di hotel, aku rasa macam nak menjerit-jerit saja. Punyalah bosan. Kami selaku guru pengiring memang bertugas sebagai guru pengiring dalam definisi sebenar. Kami tidak diperlukan langsung baik sebagai peserta mahupun sebagai fasi. Dorang sudah menyediakan segala bahan selengkapnya. Paling-paling bodoh pun masa kami habis bercerita di luar dewan dari satu topik ke satu topik. Kalau aku escape pun, tak sorang perasan dan tak ada yang kisah pun. Abang cakap, anggaplah satu percutian di hotel 4 stars dengan layanan VIP as a reward for yourself. Kira ok jugalah pujukan tu...



Malam terakhir di sini, pihak pengajur mengadakan makan malam special dengan tema Glamour Etnik. Aku dah sedia dari awal lagi untuk tema ni dan sanggup lagi menyewa baju untuk budak-budak dan aku sekali. Akhirnya impian aku nak pakai baju bangsa aku pun tercapailah juga walaupun bukan dengan cara yang betul dan sempurna. Anies yang ikut dalam majlis ni pun jadi terbuka hati pakai baju Murutnya yang pernah dibawanya ke London dulu.




Jadi pada hari terakhir kursus, macam biasa, majlis penutupan dan penyerahan sijil. Murid aku tak terpilih untuk jadi 3 peserta terbaik meskipun aku menaruh harapan besar pada Maviel. Maviel cuma mampu jadi 10 terbaik je...waktu ni lah aku agaknya yang silap dengar bila emcee tu cakap yang budak-budak ni kena siapkan kerja dorang kerana Amerika sedang tunggu dorang datang ke sana...Ok. Mungkin aku silap. Tapi mustahil juga sebab semua budak-budak pun boleh ulang benda yang sama macam yang dia cakap. What the hell? Kenapa sekarang baru nak bagitau yang semua tu tak benar? Kenapa baru nak inform (itupun lepas aku sms) yang budak2 sekolah rendah tak payah susah2 nak hantar kerja sebab semua tu hanya untuk sekolah menengah je? Why? Why? Aku tak faham. Ia buat aku rasa macam seorang penipu di sekolah. Ia buat aku rasa macam aku ni bodoh benar sebab dah salah informasi.

So, demikianlah berakhirnya impian kami. Titik.




0 comments:

Post a Comment