Wednesday, October 30, 2013 | By: Luna Biru

Bencimu kerana apa?

Sejak mula aku sudah dapat menangkap bersit tidak senang lewat matanya setiap kali berpapasan mata denganku. Aku juga sudah acap kali mendapati sudut hujung kirinya akan segera diserongkannya ke bawah begitu mendengar aku bersuara. Aku adalah manusia dewasa yang cukup berakal untuk menafsir isyarat-isyarat mudah seperti itu. Anehnya, aku tidak pernah marah apalagi berkecil hati. Cuma hairan. Ya. Sangat hairan. Kadang aku tertanya, dari mana sebenarnya datang kebencian itu dalam dirinya? Dia pasti punya alasan kuat untuk tetap menyimpan, bahkan memelihara kebencian itu dalam dirinya. Setelah saban tahun berlalu, dia tidak pernah mencuba memperbaiki keadaan selain terus berpura-pura menjadi sahabat di hadapan umum. Dia juga tidak pernah bersungguh mahu menerima salam persahabatanku meski sudah kucuba berkali-kali lewat senyum dan sikap tidak peduliku pada kebenciannya. 

Memang mudah untuk aku berkata untuk membiarkan saja. Lagipun, masih ramai manusia yang menyintai aku. Kenapa aku perlu membuang masaku membodek hatinya yang mahal itu. Tapi pujukan itu tetap berakhir dengan satu soalan; Kenapa? 

Mungkin aku tidak perlu membuang-buang waktu mencari jawapannya. Ah. Pujukan lagi!

0 comments:

Post a Comment