Alhamdulillah...aku bersyukur sangat sebab akhirnya jadi juga trip budak2 tahun 6 ni ke Ranau. Kalau tak jadi, malu besar aku baik pada diri aku mahupun pada dorang. Lawatan ke Ranau inilah janji besar aku pada dorang sebelum UPSR dulu sebagai satu reward atas kesungguhan dorang berubah sikap dari pemalas kepada komited. Dari awal-awal lagi dorang dah kumpul duit berdikit-dikit semata-mata nak realisasikan impian kam ni. Sungguhpun cadangan untuk ke Damai Eco Ranch tak jadi, tapi yang penting, bumi Ranau tetap menjadi destinasi kami. Thanks to Kak Dizah yang mampu melaksanakan tugas sebagai ketua rombongan dengan baik sekali.
Si Abe dari awal-awal lagi dah pesan dengan aku untuk datang sebagai guru, dan bukan sebagai ibu. Tahu tak apa bezanya? Maksudnya dia nak aku jadi teacher dia yang dedikasi (agaknya), penuh perhatian dan ntah apa-apa. Kalau aku datang dengan titile sebagai ibu, itu bermakna aku akan bawa adik-adiknya termasuklah si Upin-Ipin yang akan banyak mencuri masaku sebagai AJK rombongan. Malangnya, permintaan Abe tak dapat aku tunaikan sebab Anies berkali-kali mendesak untuk turut serta dalam rombongan ni. Akhirnya aku terpaksa terima hakikat bahawa kata-kata Abe benar...
Lawatan dua hari satu malam ini sebenarnya lebih banyak habis di perjalanan yang akhirnya hanya menyisakan lelah yang panjang. Hari pertama bertolak, kami sudah habiskan masa 5 jam di atas jalan bermula dari jam 7.30-11.30. Jalan jammed teruk dengan rantaian lori-lori balak yang susah untuk dipotong. Setelah itu dan ini, destinasi pertama ke Desa Luanti baru dapat dijejak pada jam 2.00 petang. Aku benci tempat ni sebab aku tak berapa selesa dengan staff2nya yang entah kenapa tegas tak bertempat. Sejam bermain ikan, kami terus menuju ke ladang Sabah Tea.
Jalan yang grabel tidak berturap, bukit yang condong dan berbatu, bukit-bukit gondol dengan pohon-pohon teh yang sudah tua dan mati; sebenarnya aku tidak tahu apa keistimewaan tempat ni. Satu-satunya bahan yang jadi tarikan adalah kerana ia berkongsi kisah sejarah dengan The Marching Dead. Kalau bukan kerana sejarah itu, kukira tempat ini hanyalah ibarat sebuah bukit kusam yang sama sekali tidak berbaloi untuk dikunjungi. Jauh di sudut hati aku tertanya-tanya, berapakah pendapatan yang dijana oleh tempat ini dan berapakah sumbangan yang mampu ia berikan kepada negeri Sabah? Mungkin tak seberapa kot sebab ia terbukti dengan jalan rayanya yang tak berturap. Sikit sangat agaknya sampai tak mampu nak turap jalan raya sendiri.
Malam tu kami menginap di Kasiladan Lodge yang agak jauh dari bandar. Sampai saja di bilik, aku terus tidur kepenatan dan hanya bangun semula pada jam 10.00 malam. Keadaan sudah sunyi benar ketika aku bangun hinggalah aku dengar bunyi tapak kaki dari tingkat atas. Terdesak untuk mengetahui dan memeriksa keadaan pelajar, aku naik ke tingkat atas. Ternyata pelajar-pelajar lelaki ni masih belum tidur dan sedang buat pertandingan-pertandingan porno pulak! Ha....kan dah kedapatan oleh teacher. Apadaaa korang ni....!
Malam tu juga aku habiskan masa layan beberapa orang pelajar lelaki bercerita di lantai bawah sambil makan maggi dan minum kopi. Bila jam dah menunjukkan jam 12.00, mata aku pun dah mengantuk tapi dorang masih ogah untuk dihalau balik ke bilik. Ada yang ngotot mau cerita hantu. Aku pun apalagi bantailah mana-mana cerita hantu yang aku tau. Sedang molek-molek cerita, sekumpulan anjing datang dan melolong betul2 di belakang kami. Apalagi kami pun bertempiaran lari ke bilik masing-masing. Punyalah seram waktu tu....tapi bagus juga sebab lepas tu keadaan betul2 sudah sunyi benar. Ha...tau pun takut. Aman juga dunia akhirnya.
Ok. Nanti sambung episod kedua termasuk update gambarnya sekali...
0 comments:
Post a Comment