Monday, April 22, 2013 | By: Luna Biru

Puas

Aku tak bangga untuk jadi manusia kurang ajar. 

Aku juga bukan jenis manusia yang akan bagi amaran pada orang lain supaya berhati-hati dengan aku. 

Lebih dari itu, aku adalah manusia yang sangat malu nak biarkan orang lain tahu yang aku sakit hati. 

Tapi untuk pertama kalinya aku bangga menjadi kontras pada semua prinsip yang aku pegang selama ni...

Tanpa diselubungi oleh rasa bersalah macam selalu, aku macam nak tergelak-gelak besar bila memikirkan betapa aku sudah berjaya jadi manusia yang paling kurang ajar.

Entah kemana hilangnya nilai adab yang aku pegang selama bertahun-tahun ini. Hapuskah semuanya hanya kerana suatu peristiwa yang benar-benar menyakitkan hati? Apa yang pastinya, peristiwa itu sudah benar-benar berjaya mengubah siapa aku dan mengeluarkan syaitan yang kumendap rapat-rapat dalam diri aku.

Baiklah. Aku memang tidak mampu menipu lagi. Aku memang puas dengan semua ini. Bahkan waktu menaip entry ini pun aku masih dalam keadaan hendak tergelak-gelak besar. 

Kesimpulannya, aku cuma nak dia tahu yang aku betul-betul benci dia lebih dari 7 petala langit dan 7 lapis bumi. Aku memang mahu dia tahu bahawa di sebalik semua kegembiraannya, ada seorang manusia di suatu sudut dunia ini yang sentiasa membenci dia  Aku mahu dia ingat sampai mati bahawa segala perbuatannya pada aku tidak akan aku maafkan meskipun ianya berbunyi macam aku ni manusia jahil tentang agama. Aku mahu dia pegang kebencian ini supaya lain kali dia akan ingat akan konsekuensinya sebelum dia berani meletupkan emosinya pada orang lain. Aku mahu dia simpan baik-baik semua yang telah dia lakukan yang tidak akan pernah dapat diperbaikinya meskipun nyawa aku jadi galang-gantinya. Aku mahu dia pegang ini sampai bila-bila : AKU BENCI DIA. 

So? 

Cakaplah aku ni jahil dan perasan sempurna. Atau bentangkanlah hadis-hadis atau ayat Quran yang menerangkan tentang keperluan untuk saling memaafkan sesama muslim. Tapi sebagai manusia yang telah teraniaya, aku juga punya hakku sendiri sebagai seorang muslim. Ada banyak sunnah untuk mempertahankan hak aku. Jom kita lawan tentang hak itu. Bukankah Tuhan kita sama? 

0 comments:

Post a Comment