Saturday, April 6, 2013 | By: Luna Biru

Diskriminasi

Kursus Kejurulatihan Futsal Peringkat Negeri Sabah sudah pun berakhir tengahari tadi dengan jayanya. Alhamdulillah...banyak input baru yang dipelajari. Sekarang ni hati tengah membuak-buak untuk menggubal satu sistem baru yang boleh diaplikasikan dalam pasukan sekolah aku. 

Sebenarnya, jauh di sudut hati ada rasa lain macam sikit sepanjang tempoh kursus sebab cuma ada dua peserta wanita. Kewujudan kami di situ kelihatan sangat janggal dan teramatlah kecil. Maka wujudlah beberapa isu diskriminasi jantina meskipun ia dibicarakan lewat lawak-lawak spontan. 

Aku tak rasa isu ini perlu diketengahkan sangat. Hakikatnya, dunia sukan di peringkat sekolah adalah terbuka kepada dua jantina ini kecuali bagi sukan bola sepak. Oleh kerana setiap sekolah selalunya menghantar dua pasukan yang berlainan jantina maka sudah tentulah dua jurulatih yang berlainan jantina juga diperlukan di sini. 


Why not? 

Lebih dari itu, tidak semua sekolah di Malaysia ni mempunyai kadar keseimbangan guru dari segi jantina. Ada sekolah lguru elakinya lebih ramai begitu juga sebaliknya. Tapi tak kisahlah jantina mana yang lebih, yang penting, kerja sekolah dan beban tugas tetap sama juga. Contohnya macam waktu aku bertugas di Sk. Kelatuan dulu, dari melatih budak kawat sampailah ke hutan cari bambu,semuanya dilakukan oleh cikgu perempuan. 

Bila dah namanya cikgu ni, kenalah terima hakikat bahawa apa yang penting ialah kemenjadian murid. Isu-isu diskriminasi jantina sudah jatuh ke tahap nol. Hakikatnya, selagi kita bernama guru, sama-samalah belajar ilmu baru agar tidak ketinggalan dari orang lain. 

K. Setakat ini dulu. Salam jantina untuk semua....huhu...

0 comments:

Post a Comment