Cuti sekolah dah berakhir ke?
Biar betul?
Jom flash back balik things yang sudah rampas makna cuti sekolah yang sangat berharga buat aku dalam seminggu ni....
Oh...maaf. Rupanya cuma ada satu perkara saja iaitu :
Pertandingan Futsal Piala YB Rosnah anjuran Puteri UMNO Papar.
Padan muka aku. Besar hati sangat hantar 3 kumpulan. Alih-alih jurulatih yang merangkap pengurus sekaligus driver ini terdampar kepenatan.
Huhu...semua dilakukan demi cinta pada kerjaya dan demi sebuah harapan di mata anak-anak.
Menyesal? Tidaklah. Cuma kepenatan ini mengurangkan sedikit arus kenormalan otak. Bila lagi sedar tup-tup cuti tinggal sehari. Lepas ni pula menyambung kembali perjuangan melatih budak untuk Pertandingan Action Song.
Tiga pasukan aku yang terdiri dari dua team lelaki (Angsa Ganas dan Beruang Comel) dan satu team perempuan (Princess Surati) bersaing merebut Piala YB Rosnah sempena musim cuti sekolah ini. Aku terpaksa buat dua team lelaki sebab nak pisahkan Abe dan Acik yang asyik bercakaran sesama sendiri. Team perempuan pula aku buat sebab aku dapat maklumat yang persaingan sangat terhad jadi ada chance besar untuk menang. Hadiah sangat lumayan iaitu :
JOHAN : RM700
NAIB JOHAN : RM500
KETIGA : RM300
KEEMPAT : RM200
PEMAIN TERBAIK DAN PASUKAN TERBAIK : RM100
Aku tidak meletakkan sebarang harapan pada team Beruang Comel sebab dorang ni memang kurang berkemampuan dari segi skill dan perancangan. Tapi kelebihan kumpulan ni ialah terletak pada keseragaman dan keserasian. Mungkin sebab tiada 'star' di situ jadi masing-masing tahu akan peranan masing-masing.
Untuk team ni aku tempatkan Acik di bahagian defends berdasarkan prestasinya pada MSS Bola Sepak yang lepas. He did a good job cuma kena terima hakikat yang size sometime does matter. Beruang Comel gagal mara ke peringkat separuh akhir. Nampak kekecewaan di mata Acik. Aku tahu dia sudah lama mengidam mengalung medal....
Berbeza dengan team Angsa Ganas yang diketuai oleh Abe. Pasukan ini adalah tumpukan para bintang-bintang handalan (kononnya) yang sudah berpengalaman. Mereka berjaya ke peringkat akhir. Boleh dikatakan mereka merupakan pasukan yang agak digeruni. Kalau team lain menumpukan serangan pada seorang-dua player, tapi team Angsa Ganas adalah sebaliknya. Boleh dikatakan hanya team inilah yang mampu beraksi dalam semua posisi. Si Rayner GK boleh turun jadi pemain; Syazwi si penyerang utama boleh bertukar jadi defends; manakala si Abe MD pula boleh jadi apa saja semahunya. They are good. Really Good! Memang deserve mara ke final.
Namun entah apakah kesialannya, pada perlawanan akhir, semuanya jadi berantakan. Si Eddie sakit kaki, si Rayner tiada tumpuan, Syazwiyang manja asyik cedera, manakala Bendy pula gila jadi penyerang. Masing-masing hilang tumpuan dan meninggalkan posisi hinggakan pintu goal berjaya dibolosi bertalu-talu. Kami jadi pasukan belasahan. Abe pun tidak mampu lagi memberikan sentuhan magisnya bila dia jadi keliru kerana tidak mampu menyatukann pasukannya dalam satu jiwa perjuangan.
Waktu kami kalah buat kali keempat di liga akhir, air mata ku gugur. Tiba-tiba terasa segala pengorbanan dan usahaku selama seminggu ini sia-sia belaka.Bukan sedikit pengorbanan yang telah dilakukan untuk membawa mereka ke tahap ini. Pagi-pagi lagi aku ambil budak PGA, latih dan kemudiannya masak untuk dorang. Petang bawa dorang ke pertandingan dan kemudiannya malam hantar dorang balik ke Kinarut. Tidak ada sedikit pun rasa bersalah kulihat dalam mata dorang bila kalah dalam setiap satu pertandingan. Si Hadie dan Rayner sibuk main monopoli, si Bendy sibuk bergayut di pokok....yang nampak kesungguhan cuma Abe dan Syazwi.
Akhirnya aku mengalah juga. Penat sudah aku memotivasi dalam bentuk marah dan nasihat. Abang pun sudah mulai diserang migrain bila pasukannya juga tidak menunjukkan aksi yang sepatutnya. Daripada aku gila dan sakit, lebih baiklah aku lepaskan saja semuanya....hakikatnya, aku cuma perlu terima kenyataan bahawa aku hanya menuai apa yang aku tanam.
Tapi syukurlah team Princess Surati mendapat tempat Naib Johan dan Pasukan Terbaik dalam pertandingan ini. Itupun kira menang nasib sebab nilai mata dan jaringan kami sama dengan SKPM team. Kami menang sebab lambung syiling. Haha....fizik. Kepala lebih ringan dari ekor! Hadiah disampaikan sendiri oleh YB Rosnah Shirlin. Terima kasih, Datuk!
Acara berakhir jam 6.00 petang setelah Zumba dan beberapa protokol rasmi. Dengan berakhirnya acara ini maka genaplah seminggu aku bertungkus-lumus di padang. Waktu hantar pasukan aku balik ke PGA, aku sumpah tidak akan jejak lagi tempat ni. Cukuplah setakat ini perjuangan aku untuk murid yang tak kenang budi dan tak matang langsung.
Meski disental dengan rasa sakit di hati, aku tetap berpegang pada satu pepatah :
"ALWAYS THINK POSITIVE AND EXPECT THE UNEXPECTATION"
Ada beberapa pengajaran yang dapat aku pelajari sepanjang musim ini:
1. Pemain yang baik tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Pemain yang baik ditentukan oleh SIKAP.
2. Perkaitan antara pelajaran dan sukan amat rapat. Pelajar yang kurang komited dalam pelajaran bermakna kurang komited dengan posisi sendiri. Mereka selalu tewas dalam serangan psikologi dan kurang berkemahiran berfikir dalam merancang pergerakan. Tetapi, selagi mereka membuat kerja rumah yang diberikan, selagi itulah mereka mampu memahami makna tanggungjawab.
3. Pelajar yang lemah dalam pelajaran juga akan selalu lemah dalam menerima arahan. Mereka tidak mampu bertindak mengikut keadaan, kurang kreatif dalam berfikir dan sentiasa terperangkap dalam keinginan yang melampau.
4. Meletakkan star dalam satu kumpulan adalah satu kesilapan besar.
Apapun, tahniah aku ucapkan pada Abe, Syazwi, Acik, Ade, Iqbal, Aiman dan Hakim yang menunjukkan prestasi hebat sepanjang tempoh pertandingan ini.
Adios....!
8 comments:
Tahniah Pasukan Devastator Junior Sbb menjadi juara dgn rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan....congrats to angsa ganas juga...
Tahniah Luna Biru kerana berjaya membawa anak-anak didik hingga ke tahap ini. Keep up the good work !Tahniah kepada team Princess Surati kerana mendapat Naib Johan dan Pasukan Terbaik dalam pertandingan ini.Tahniah kepada Encik Azizan Roslih, jurulatih yang merangkap pengurus Pasukan Devastator Junior atas kejayaan anak didiknya yang menjadi juara dengan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan.
Err...rasanya devastator junior kalah di tangan angsa ganas pada awal perlawanan. Ini diakui sendiri oleh jurulatih DJ yg hensem dan kiut tu...
Pada musim final dia ada cakap dgn aku; kenapa team angsa ganas ni jadi teruk begini kak? Padahal, ini sajalah team yg pernah kalahkan kami...
Salam kak how r u?kakak ada snap picture team kami.msa tournament piala yb rosnah tue?
COACH DJ ;)
Ada rasanya...mau post di mana ya?
Kita ada fb?
Ada. Ko like ja dulu page fb tu. Link ke fb kedua aku tu. Nanti aku add kau di fb sebenar aku.
Kak add jla fb aku
D-vastator futsal
Post a Comment