Dulu Zakwan.
Sekarang Hafizam pula.
Tahun lepas, bapa Zakwan sampai ugut nak bunuh aku bila anak kesayangannya tak pulang rumah sampai jam 9 malam selepas perlawanan futsal tamat jam 1.00 tengahari.
Tahun ni, mummy si Hafizam pula buat aduan ke sekolah. Katanya, budak sorang ni pulang ke rumah jam 6.00 petang berjalan kaki dari Papar ke Pengalat Kecil selepas latihan bola baling diadakan. Malangnya, latihan yang dikatakannya tu tak wujud langsung pun. Dei...MSSD Bola Baling dah habis sejak bulan March pun makcik woi....sekarang orang tengah bersiap berlatih nak ke negeri.
Haih....Tak habis-habis kisah murid yang mempergunakan aku untuk kepentingan sendiri.
Aku rasa macam nak cekik-cekik budak satu ni bila dia cakap yang dia TERPAKSA jual nama aku pada keluarganya untuk tutup kesalahannya kerana pulang lewat. Lepas tu senang-senang dia minta pengertian aku untuk memahaminya dan minta aku supaya jangan besarkan hal ni. Bila aku tanya dia ke mana, jawabnya dia teralpa tentang masa sebab sibuk berfoya-foya di Papar dan memancing di rumah kawan.
Astaga....
"Apa boleh buatlah teacher....saya terpaksa buat begitu sebab kalau saya tidak cakap begitu, teruk saya kena marah oleh mummy saya...."
Perlukah aku memahaminya?
Sampai ke sudah aku tak dengar permohonan maaf dari mulut dia. Fine. He is just 12. You can say dia masih budak-budak dan aku sebagai orang dewasa tak boleh nak berdendam atau marah. Tapi cubalah korang bayangkan kalau korang berada dalam keadaan aku. Bila seorang budak bermati-matian menegaskan pada keluarganya yang dia pulang lambat sebab ada latihan bola baling sedangkan latihan tu tak wujud sama sekalipun. Si keluarga pula main percaya saja cakap anak terus buat aduan ke sekolah dan mempertahankan yang anak dorang ni tak pernah diajar cakap bohong.
Oh come-onlah parents. Of course-lah tiada ibubapa yang akan ajar anak dorang untuk berbohong. Tapi ketahuilah bahawa berbohong bukanlah sesuatu yang perlu diajar untuk pandai. Ia boleh dilakukan secara spontan melalui pengalaman dan persekitaran. Rakan-rakan sebaya juga adalah faktor pendorong. Janganlah perasan yang anak kamu tu bagus sangat.
Persoalannya, adakah itu risiko yang perlu digalas oleh seorang guru? Perlukah kita terus menjadi mangsa manipulasi murid dan kemudiannya menjadi sasaran kemarahan ibubapa yang perasan bahawa mereka telah mendidik anak mereka dengan baik sekali?
Agh...shame on you lah Luna!
1 comments:
1-ending kes ni :
hafizam masih bertegaskah sama family dia yang dia ada latihan b.baling (maksdku selepas family dia lapor sama kamu Luna)..?
2-jauh di sudut nun, aqu rasa family dia dah pun tau yang hafizam tu ada yang x kena @ ada ciri2 berbohong...so, saja jak family dtg ke iskul, nak heboh sama guru cerita hafizam balik lambat ke rumah malah jalan kaki lagi.....pastu heboh satu dunia yang 'durang x pernah ajar budak2 berbohong'....
3-dari cara hafizam balik ke rumah jak..tau dah, biasanya kan kalau lambat, sure guru tu tunggu family ambil, atau guru tu ntar ke rumah kan?
ini kenapa hafizam berpenat2 jalan kaki ke rumah...dari sekolah ke pengalat ? jauh ! apa alasan dia situ? hafizam seorang saja kah yang berlatih, pastu kena balik jalan kaki sendiri, teda guru yang ntar? budak2 lain balik sendiri macam dia jugak kah?
4-teda cerita baitu Luna..saja jak family tu ungkit bikin jadik satu topik...almklum sajalah ko kan guru rajin ntar budak2 ni balik rumah...rajin buat match...latihan petang2 d sekolah...so, family mo pancing cerita sebenar di sebalik 'benda pelik / bohong si hafizam' tu...tapi kita guru yang 'panaz' bila dapat diri tau diri dipergunakan..
5-aqu nmpk yang hafizam tidak anggap kita sebagai guru yang dihormatinya..tapi dia anggap kita sebagai 'kawan'nya..
Guru = murid akan rasa hormat, dan x berani guna/jualbeli nama kita
Kawan = sukati guna/jualbeli ...lebih2 utk bohong sunat jenis ni...
6-so, kalau kata , guru harus tanggung risiko bgini. ya! terpaksa lah sebab setiap murid lain psikologinya..kalau dia respect, kita x akan terima risiko bgini
Faham2 sajalah setiap orang ada 'helahbela diri' kan? so dia akan guna 'kawan'nya yang satu ni demi menyelamatkan keadaan (kena marah)...
7-kalau sesama kita sahabat, atau, kalau lah hafizam tu ada rasa perasaan bersalah sebab telah guna nama kita dalam helahbela diri dia tu, isuknya pasti dia akan jujur..minta maaf..tak pun ngadu masalah...masalahnya, budak ni x jujur.....
malah 'suka' pula dia mengarah guru agar jgn panjangkan hal ni...guru patut olah benda ni...supaya jangan jadik 'akar' dalam minda hafizam...kalau berterusan, alamak !!! x tau mo cakap kesannya akan datang bila dia besar nanti...
8-Umur 12 tahun bagi aku adalah satu umur matang tau..sebab boleh fikir alasan/helahbela diri yang 'berani mati' (yakni guna/jual nama guru) untuk kaver perbuatan dia yang jalan2 di luar ,pastu mancing ikut kawan tanpa izin atau beritahu keluarga....
hafizam x terfikirkah akibat dia kalau rahsia dia pecah ?
9-isuk, kita carik jalan. minta bantuan ustazah kelas hafizam atau guru yang ditakuti si hafizam ni ...kita brain wash dia...
kita cuci minda , kita bagitau Akibat dia buat helahbela diri bgitu...
kita bagi tau yang ini pertama dan terakhir...
dan kita kata kita sdh hilang kepercayaan kita sama dia...
kalau mo jahat sikit lagi, kita kata yang kita x akan bawa dia ke sebarang aktviti lagi...baru tau rasa...
hihi, jaat kah aqu???
Post a Comment