Mizan & Ade |
Sejak awal tahun sampailah ke bulan April, sudah 4 orang ahli jemaah rumah ni sambut hari lahir yang tak pernah sempat dirai. Bermula dengan Mizan pada bulan Januari, aku dan Anies di bulan March dan kemudian Ade pada bulan ini.
Kesibukan masa dan kekurangan dana menjadi halangan utama.
Waktu Anies di UK, aku janji akan buat sambutan birthday beramai-ramai dan sekaligus buat kenduri kesyukuran bila dia pulang nanti.
Alhamdulillah....hajat itu tercapai hari ini.
Siapa bilang Atok tak bangga, Nies? |
Tak banyak persiapan yang dibuat. Aku cuma masak nasi ayam dan sediakan kek dua biji. Hajat hati nak buat waktu malam tapi bila ingat banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan, so aku berkeras hati juga buat waktu petang.
Tema kami hari ni sebenarnya ialah GILA BOLA. Haha...saja...sebab banyak betul jersey baru Anies yang disponsor oleh pihak Admiral semasa di UK. Kami semua pakat-pakat pakai baju bola. Malangnya kerana kesibukan kami tak sempat nak bergambar satu family....
Nasib baik anak-anak sempat bergambar |
Semalam aku ada cakap yang nak selongkar beg Anies tengok apa benda yang dibelinya dari UK. Tapi malang sungguh budak sorang ni memang bukan kak shopping. Duit yang aku bekalkan pada dia termasuk duit elaun yang dia terima akhirnya pulang balik ke Malaysia. Satu benda apa pun tiada dibelinya untuk dirinya sendiri. Dia cuma beli sehelai baju Adidas yang berharga 15 paun untuk aku. Abahnya pula dia belikan pen, Umi dibelikan gelang dan Atok dapat mug. Adik-adiknya dia cuma belikan patung kecil dengan harga 1 paun. Selebihnya, dia bagi benda-benda yang disponsor seperti ice cap, veil dan button. Bila aku tanya kenapa tak shopping, jawabnya sebab mahal. Memang nampak macam murah tapi bila convert duit Malaysia nampak sangat mahalnya. Bagus lagi beli di sini, tak berat beg, katanya.
That's the only shirt she bought |
Akhirnya majlis pun berakhir dengan sedikit kejengkelan di hati. Tapi tak apalah, yang penting hajat tercapai. Apapun Anies, mama mahu Anies tahu, yang kami akan tetap support segala impian kamu-kamu semua. Mama juga mahu Anies tahu yang sepanjang Anies di sana, Abah rindu sangat sama Anies. Dia pastikan yang dia akan record semua sorotan 1MCC walaupun muka Anis jarang muncul di TV. Atok pula tidak pernah ketinggalan untuk tengok update baru di FB. Umi pula setiap tiga jam akan tanya perkembangan terbaru Anies. Dan Mama? Mama pula setiap detik mengharap agar Anies berjaya melakukan setiap tugasan yang diberikan, tabah dan sentiasa ingat pada Tuhan. Mama risau Anies tinggalkan solat dan menjadi manusia yang tidak mampu menerima keberkahan Allah. We are always here for you, Anies....
Love you really much.
Ok...jom layan gambar...
Intrologi majlis |
Hidangan nasi ayam (siapa punya lutut hitam di belakang tu?) |
Dua kek. Angry bird untuk Ade dan Mizan. Rose untuk mama dan Anies. |
So that's it....aku mau buat costume Action Song dulu....
Assalamualaikum....
0 comments:
Post a Comment