Sunday, April 7, 2013 | By: Luna Biru

Anies is Home!



Akhirnya malam ini rindu pun terurai bila Anies & Yasmin, dua peserta 1MCC dari Sabah selamat mendarat kembali ke bumi KK di KKIA tepat jam 11.00 malam. 

Begitu melihat kami, dia terus meluru untuk memelukku. Entah atas nama rindu atau haru, Anies menangis semahunya di bahuku. Lelah juga menenangkannya. Dua pengiring Astro di belakang cuma ketawa melihat telatah Anies. 

Anies melangkah dengan penuh senyum begitu melihat abah dan adik-adiknya. Tapi bila nampak aku,....

...beginilah jadinya..... 
Apapun, syukurlah semuanya sudah kembali ke paras normal. Anies kelihatan begitu penat mungkin sebab direct flight dari UK-KL selama 12 jam lepas tu sambung lagi flight KL-KK 2 jam setengah. Baunya jangan cakap lagilah...haha...


Terima kasih diucapkan kepada pihak Astro atas penganjuran yang begitu berprestij ini. Terima kasih juga sebab jaga puteri kami dengan baik. Bila aku tanya Anies, kalau terpilih lagi sekali jadi pelajar tetap, dia mahu terima atau tidak? Jawabnya...YA!

Ok. Yang tu aku no comment. 

Jom saksikan saat-saat menunggu Anies sampailah ketibaannya....

Kami sampai agak awal. Jenuh juga menunggu
Kena tahan di imegresen sebab zip beg Anies didapati terbuka. Syukrulah tiada yang hilang
Yasmin dan Anies diiringi oleh pegawai Astro
Yasmin and her family
Cuma Abe dan Acik yang ikut. Yang lain tidur sudah....

Oya, Anies ada bagitau yang dia digelar sebagai FOUNTAIN OF KNOWLEDGE. Wah...dasyat tu...Dalam perjalanan balik, dia sibuk ajar kami bahasa Wales yang dipelajarinya sepanjang di sana. Kira ok jugalah kemahiran bahasa dia ni...Lepas tu dia dengan besar hati tengokkan majalah bolanya yang telah disign oleh beberapa pemain Cardiff City. Dalam majalah tu juga ada cerita pasal dorang.


Ok...itu saja gambar yang sempat diambil. Jom balik kita mau selongkar beg Anies. Tengok di TV bukan main shopping sakan lagi dorang....

1 comments:

ray said...

wow...tahniah aniz :)

Post a Comment