Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : The Final Day

Ini sudah macam Azwan Ali dan Jeslina Hashim aku tengok. 
27 Dis 2011 (Isnin)
Hari ke 12

Fine. So that's is it...

Inilah harinya yang benar-benar mengakhirkan percutian dan penjelajahan kami yang serba tak teratur ni. Segala feed back dan mortem sudah dipelajari dengan baik dengan harapan semua yang buruk tak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Kami bertolak dari rumah Umi Dina sekitar jam 4.00petang. Ayah Noh sendiri yang hantar kami balik ke Papar menggunakan Nissan 3.0 yang kami pakai sepanjang tempoh tour kami. Menggunakan Nissan 3.0 ini membuatkan hati terpanggil-panggil untuk memilikinya. Memang sesuai sekali van sebesar ini dimiliki oleh keluarga kami yang besar ni.

Kami sampai Papar dalam jam 1.00 pagi dalam keletihan dan kelesuan yang teramat.

K. Gambar-gambar di bawah ni adalah gambar terakhir yang kami rakam di rumah Umi Dina. Terima kasih yang tak terhingga buat Ayah Noh dan Umi Dina sekeluarga yang begitu mulia hati menerima kami sekeluarga. Tak terbalas segala jasa yang diberikan. To Faradila dan Lina...will miss you really!

Fara dan Yaya. Si Ade suka betul sama Yaya. 






That is Umi Dina dan Teha...

Kalau kutanya hati, mahu tak lagi anjurkan percutian konvoi sefamily macam ni lain kali? Haha...waktu melalui beberapa peristiwa pahit, hati menyumpah-yumpah tak akan ada hari begini lagi. Tapi bila semuanya sudah berlalu, segala yang pahit itu automatik jadi pengajaran yang membuatkan kita terfikir untuk memperbaikinya di masa akan datang. Kalau itu soalannya, jawapan aku, YA! Aku tak jera pada percutian sebegini lagi dan aku tak jera untuk mengajurkannya lagi. Cuma kali ini, setiap perancangan perlu lebih teliti dan kena bawa semua orang mesyuarat supaya tak timbul masalah-masalah yang tak terduga. 

Terima kasih pada semua yang menjayakan percutian hebat ini. 

To abang, tahniah sebab sudah melepasi satu dugaan pemanduan yang menakutkan. 
To Melati & Along, terima kasih kerana banyak membantuku melunasi mimpi ini. 
To Abah, terima kasih sebab sentiasa mengiring perjalanan kami dengan doa dan restu.
To all my saudara mara....Thanks so much!

That's the end of my journey. Adios. 

Terima Kasih, Alllah. 

2 comments:

Atie said...

he3....bukan senangkan merancang sebuah percutian KONVOI satu Family....nanti kalau bercuti Konvoi lagi...misti meeting utk rancang tentatif percutian...hehehe

Luna Biru said...

sebenarnya plan sudah diatur ba itu tapi campurtangan dari negeri2 selat telah mengubah pendirian ahli jemaah. huhu...

Post a Comment