Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Pulau Mabul I


21 Dis 2011 (Rabu)
Hari ke-7

Jelajah diteruskan menuju ke Semporna, sebuah pekan kecil yang terletak antara Tawau dan Lahad Datu. Kalau bertolak dari bandar Tawau, jarak ke Semporna memakan masa lebih kurang sejam. 

Sudah lama menyimpan hasrat hati untuk kembali semula ke sini. Apa yang kuingat dulu adalah pekan ini begitu kecil dan sempit dengan udara panas kering. Namun kini, Semporna sudah membangun pesat dan  menjadi pusat pelancongan dunia dengan tawaran dunia air yang paling eksotik. 

Suatu hal yang paling mengagumkan di sini yang tak pernah aku sedari dari dulu ialah matahari dan langit birunya. Mungkin selama ini aku beranggapan langit itu selalu biru dan sama saja warnaya di seluruh dunia. Namun, Semporna telah membuktikan ia memang berdiri sebagai sebuah pusat pelancongan terbaik dunia. Di sini, langitnya biru luar biasa dengan cahaya matahari berperanan sebagai original lighthing yang membantu kepada pencahayaan semulajadi pada kamera digitalku. Lihatlah gambar-gambar yang kurakam ini tanpa bantuan editing. Benar-benar luar biasa cantiknya!

Oya, destinasi kami kali ini ialah Pulau Mabul yang terletak sejauh sejam perjalanan dari bandar Semporna. Cousin aku si Ezan Noh bertindak sebagai tourist guide kami. Satu pengajaran yang aku mahu share sama korang yang berminat untuk ke Mabul ialah, jangan berani ke sini kalau tidak mendaftar di tourism yang sudah diiktiraf samada di bandar KK mahupun Semporna. Pulau Mabul bukanlah termasuk dalam senarai Taman-taman Sabah jadi ia bukanlah bebas lancong kecuali kalau korang berdaftar di mana-mana syarikat pelancongan. Kalau korang main redah saja macam kami maka kedatangan kita akan dianggap sebagai pendatang asing dan tidak akan diberi apa-apa keistimewaan layanan termasuklah meminjam jeti untuk turun dan naik boat. Sungguhpun bajet agak mahal iaitu RM170 satu kepala, namun ianya menjanjikan kepuasan lawatan dan anda tak akan rugi melabur sebanyak itu. Dan kami? Mahu bajet murah punya pasal, inilah jadinya....

But look, I don't blame anybody ok! 

Pasar Semporna


Ini merupakan pengangkutan paling mudah dorang sekitar pasar. Boleh angkut barang dan penumpang sekali. 


Jeti Umum Semporna



That's my cousin Ezan Noh


Perjalanan pun bermula....





Itu Tampi-Tampi tempat si Apek berlakon Duyung


Pulau Mabul







Arung Hayat Chalet and Cafe






Sekitar kampung di Arung Hayat







Setelah menghabiskan masa lebih dua jam menunggu makanan siap dimasak, kami pun meneruskan perjalanan ke suatu tempat yang kononnya boleh mandi-manda. Cilakanya tu pemandu minta tambah duit dan demand macam-macam pula. 







2 comments:

Atie said...

zue...aku pun baru tau yg warna langit di Semporna birunya memang sangat cantik...padahal aku selalu tidak membenarkan diriku dan kakiku ke sini...maksudku ke Tawau dan Semporna..entah kenapa aku Fobia ke dua daerah ini...tapi lepas lihat Foto2 kamu...nah...aku kepingin ke sana....lebih2 lagi Ke Mabul Island.....hehheh

Luna Biru said...

Semporna bukan lagi kota yang menakutkan macam dulu. Kalau 16 tahun dulu, boleh2 lagi kena bom ikan tengah jalan. Tapi sekarang ia sudah jadi sebuah kota yang seindah kau lihat. Tapi kau diberi peluang pun aku mungkin tak akan memilih untuk ke sini sebab aku tak suka pada udara panas keringnya sungguhpun laut dan langitnya luar biasa cantik.

Aku pasti masih memilih Felda di Tungku.

Post a Comment