Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Kampung Binuang. Lahad Datu

Goodbye Felda...
18 Dis 2011 (Ahad)
Hari ke 4

Ceritanya hari ini berakhirlah lawatan sambil melancong kami di Felda Sahabat. Terima kasih pada Mak Usu sekeluarga yang ramah dan lucu. Aku suka sangat dengan tempat ni. Beruntung kawan aku si Dian yang stay dan mengajar di sini. Sebenarnya, inilah penempatan pertama aku waktu mula-mula bertugas jadi guru dulu. Tapi oleh kerana abah tak setuju anak gadisnya bertugas jauh-jauh, maka abah berusaha sekuatnya untuk memindahkan aku semula ke Papar. Akhirnya, terjerutlah aku di Papar sampai sekarang.


Balik dari Felda, kami singgah kejap di Kg. Binuang, tempat kenalan rapat keluarga aku. Aku panggil dia ni Babu Isah. Babu Isah dulu ada toko jamu di Papar tapi sekarang ni dia sudah balik kampung dan buka gerai sayuran. Jadi kalau korang tengok ada gerai sayur tepi jalan Binuang, singgah-singgahlah ya...tapi jangan sebut nama aku kalau nak minta diskaun sebab aku tiada share langsung dalam syarikat dia ni. Kompom tak laku pun nama aku tu. Ngeh...

The new 2nd cousins met
Korang dapat bayangkan tak kalau makhluk seramai ni serang rumah korang? 
Gambar kenangan dengan Mak USu yang pakai baju pink. 
Arin sedang belajar cara ambil gambar macro. Akulah jadi bahan percubaannya. 
Pas tu aku gambar dia pula. Ni namanya berbalas gambar.
Inilah dia Kg. Binuang yang terletak di tepi jalan. Ada kebun jagung yang comel-comel tingginya. 




Thats Babu Isah and Umi
That girl name is Anie. Dulu jumpa belum kahwin sekarang anak dua sudah.  Chubby betul aku dalam pix ni. 






0 comments:

Post a Comment