Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Tawau

Tawau yang selalu masih indah...
19 Dis 2011 (Isnin)
Hari ke-5

Setelah bercek-cok panjang lebar dengan jemaah rombongan lawatan samada mahu ke Sandakan atau ke Tawau, akhirnya aku dengan tegasnya memutuskan untuk ke Tawau. Sungguhpun semua ini agak lari jauh dari plan asal dan bakal menyusahkan pada akhirnya, namun aku pasrahkan saja demi kesenangan semua pihak. Apa yang aku harapkan adalah agar perjalanan ini berlangsung dengan baik. Berbelas tahun aku plan untuk semua ni dan aku tak mahu ada aral yang melintang di tengah jalan yang bakal menganggu perjalanan kami.


Secara teknikalnya, semuanya berlangsung dengan baik hari ini meskipun si Ade tiba-tiba diserang demam. Oleh kerana kami bertolak agak lewat dari LD, dan sampai agak malam di Tawau, maka aku tak ada masa mahu hayati apa-apa kenangan pun tentang tempat ni. Geografi dan pembangunan Tawau sudah berubah jauh jadi aku langsung tak dapat ingat dan panggil balik memori aku untuk kutelusi betul-betul. Padahal, di tempat inilah bermulanya dunia remajaku menuju dewasa. Dan, pantai itu, di batu-batu itu pernah menyaksi tangisku yang berjuang melawan segala kelemahanku untuk tampil menjadi seorang perempuan angkuh yang anggun. Sayangnya aku tidak punya masa untuk mengingat semua itu kembali....

Malam tu kami menginap di rumah Umi Jomah yang merupakan saudara terdekat abah di Tawau.

Si Ade mula diserang demam. 
Abang kontrol macho walaupun penat memandu dari LD ke Tawau
Makan malam di Restoran yang aku tak ingat namanya tapi dekat Fajar
Ni di kawasan yang dipanggil Batu. Tengah tunggu Umi Jomah ambil. Err...aku pernah dating di sini ke dulu ah? Lupa ar...
Tertangkap gambar hantu. Ngeh...serem....
Tempat ni merupakan pelabuhan untuk penduduk pulau seberang. 
Night scene kamera tak dapat diekjas dengan baik menyebabkan kualiti gambar tak berapa bagus. 
Puteri dan Bibi, anak Umi Jomah yang comel sesangat. 

2 comments:

Atie said...

gambar Hantu tu....real ka?? serem amat!!!

Luna Biru said...

haha...mana ada Tie. Tu gambar anak2 aku ba itu sedang bergerak waktu kena snap. Suspen....

Post a Comment