Monday, December 5, 2011 | By: Luna Biru

Johan Bilik Sumber PPDa (Bandar) 2010


5 Disember 2011. Isnin.

Setelah setahun menunggu, akhirnya hari ini berbaloilah segala usaha yang telah dicurahkan di PPDa. Sayangnya Noy tiada untuk meraikan hari bahagianya. Terpaksalah aku yang bukan siapa-siapa ni pergi mewakilkan dirinya.  Nasib baiklah Anis terlibat dalam acara ini jadi ada juga alasan kuat aku untuk turut serta. Tahniah untuk Noy dan maaf, aku tidak dapat kekalkan kejayaan ini untuk tahun ini. Semoga hatimu belum kering untuk meneruskan perjuanganmu dan meniti kejayaan yang seterusnya...

Sesungguhnya, kejayaan ini cukup besar nilainya buat kami bertiga, Noy, Kak Jane dan aku. Di PPDa inilah kami mulai kenal erti persahabatan dan pergorbanan. Sayangnya kadang-kadang sesuatu itu tiba-tiba saja berlaku dan merenggut nilai persahabatan yang telah kita pahatkan. Samada kita kekal bertahan atau kita akhirnya memilih keputusan untuk pergi, semuanya bergantung pada kekuatan ikatan itu. Mungkin saja kita memilih untuk tunduk pada keadaan tapi alangkah baiknya kalau semua itu terus kekal dan bertahan sampai bila-bila....


Ok. Cukuplah berdramatik. Jom ulas kronologi majlis ni dari awal sampailah habis. 

Majlis bermula jam 9.30 pagi, meski kami diminta untuk datang seawal jam 8.00pagi. Majlis diadakan di Sabah Trade Center,Likas. Inilah first time aku ke sini dan bunyinya macam World Trade Center buat aku sedikit teruja. Kami sampai agak lewat sekitar jam 8.30 pagi. Secara overall, semuanya ok cuma ada beberapa perkara yang buat aku agak kurang senang. Pertamanya, pihak pengurusan sepatutnya melabel kerusi lebih awal supaya memudahkan peserta mengambil tempat. Ini tidak, kami terpaksa berpindah-pindah tempat duduk dan disusun atur dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Aku faham kalau majlis reharsal tiada jadi mungkin agak sukar pihak pengurusan mengurus hal-hal seperti ini. Ataukah aku sedikit temberang sebab selalu menghadiri majlis peringkat kebangsaan yang nampak lebih teratur dan professional? Ceh...maaf tuan pengurusan kalau komen ini agak menyinggung. Tapi sebaiknya hal-hal remeh seperti ini tidak dipandang ringan demi memperlicinkan perjalanan majlis. Memindahkan peserta yang agak berusia dan berpangkat nampak sangat tak professional. Bukan aku k...aku muda lagi dan tiada pangkat. Just think about Guru-guru besar dan cikgu-cikgu yang sudah agak lanjut usianya...

Satu hal lagi yang agak menghairankan sedikit ialah majlis ini berlangsung pada musim cuti sekolah. Memang tiada masalah mahu panggil cikgu-cikgu yang sudah macam dokter on call. Tapi bagaimana pula dengan murid? Sedangkan objektif PPDa ini sendiri adalah bertumpu kepada murid. Betul kata YBhg. Puan Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, selaku Timbalan Pengarah Pelajaran, JPN Sabah dalam ucapan perasmiannya tadi. Menurut beliau,  hasrat murni kerajaan untuk menyampaikan mesej tentang dadah tidak dapat dicapai dengan jumlah audience yang begitu kecil nisbahnya dari kalangan murid. Oh sudah tentulah mesej bahaya dadah sudah dapat disampaikan dengan lebih awal di sekolah. Namun, jika murid berpeluang untuk menghadiri majlis yang berprestij seperti ini, ia boleh dijadikan satu motivasi kepada mereka untuk terus mencipta kejayaan. Tapi mungkin unit PPDa punya alasan baik untuk semua ini. 

Satu hal yang sangat aku puji ialah kemantapan suara tuan dan puan pengerusi majlis yang sangat berkarisma. Tahniah dan aku rasa aku kena belajar dari dorang tentang cara pengendalian majlis. 

Oh oklah. Cukup sampai sini dulu. Jom layan-layan gambar pula. Maaf sekalli lagi kalau pendapat ini mengguris rasa pihak-pihak tertentu. 

Ucaptamah dari YM.Ir Datu Jamigul Bin Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Sabah.
UCapan perasmian dari YBhg. Puan Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, selaku Timbalan Pengarah Pelajaran, JPN Sabah

Guru Besar tengah terima cenderahati penyertaan 2010
Kamilah itu yang ambil hadiah tu...
Aku ingatkan replika cek...

Ni eksen-eksen ja ni..
She deserves it...!
Where are you Noy...?
Wuina garangnya mukaku...
Abang pun terlibat dalam menjayakan PPDa Surati

Kejayaan demi kejayaan ditempah...sehebat naik, sehebat turun. Apa yang pastinya, kejayaan ini tidak dapat kami kekalkan untuk sesi 2011. Di mana silapnya, aku rasa kami sama-sama memahami keadaan ini. Apapun, aku cuma berharap agar segala yang buruk ditinggalkan di tahun 2011 dan segala yang baik akan dibawa di tahun 2012. Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment