Detik ini jam bertulis 12.47a.m.
Bermakna sudah 47 minit kita berada di ambang 2012.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah sebab aku tak lagi macam 20 tahun lalu yang merengek mau ke pantai tengok orang buat majlis tahun baru buang sial mandi laut.
Alhamdulillah sebab tak ada satu pun anak-anak aku yang tahu acara macam tu ada jadi dorang tak akan terlibat dalam acara maksiat-maksiat mata.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Trip to Pantai Timur : The Final Day
Ini sudah macam Azwan Ali dan Jeslina Hashim aku tengok. |
Hari ke 12
Fine. So that's is it...
Inilah harinya yang benar-benar mengakhirkan percutian dan penjelajahan kami yang serba tak teratur ni. Segala feed back dan mortem sudah dipelajari dengan baik dengan harapan semua yang buruk tak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Makan Malam di Rumpun Selera, Lahad Datu
Kalau berkesempatan ke Lahad Datu, jangan lupa singgah di Restoran Rumpun Selera di Taman Perdana ok!
Makanannya sedap dan menyediakan menu setebal buku teks, macam di atas tu. Korang tinggal pilih saja, semuanya ada. Harga pun jauh lebih murah dari KK.
Trip to Pantai Timur : Sk. Tanjung Aru, Sandakan
25 Dis 2011 (Ahad)
Ini adalah SK. Tanjung Aru yang terletak di belakang rumah Kak Ani. Uniknya sekolah ni ialah sebahagiannya terletak atas air. Tak sampai berapa meter ke hadapan sekolah ialah Pantai Tanjung Aru. Sekolah ni adalah antara pemenang SERASI. Aku harap dorang tak kisah aku uploadkan gambar sekolah dorang yang cantik ni.
Trip to Pantai Timur : Pulau Tanjung Aru, Sandakan
Ade si anak bandar alah pada bau ikan di jeti berdekatan dengan pasar ikan. |
Hari ke 11
Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga kukotakan janjiku untuk sampai ke Tanjung Aru. Syukur Alhamdulillah, cuaca hari ini baik meski agak mendung. Laut pun tidak bergelora dan seakan merestui niat baikku untuk mengota sebuah janji.
Trip to Pantai Timur : Sandakan
24 Dis 2011 (Sabtu)
Hari ke 10
Hujan lebat membanjiri sepanjang perjalanan kami dari Lahad Datu ke Sandakan. Aku mula rasa tak sedap hati sebab fenomena ombak besar dan air pasang dijangka bermula hari ini. Ini bermakna ia akan membawa ribut laut dan hujan lebat yang berterusan. Terkena pula lagi time krismas. Biasanya, waktu krismas, ada-ada saja bencana alam yang menimpa.
Trip to Pantai Timur : Pulang ke tidak?
23 Dis 2011 (Jumaat)
Hari ke-9
Hari ni aku sudah bertekad kuat untuk balik saja ke Papar.
Dan upss....tak jadi.
Kita merancang, Allah yang menentukan. Semua pengangkutan awam penuh sebab esok bermula cuti krismas. Aku tak tahu mesti bersyukur atau marah. Apa yang pasti, oleh sebab tak jadi balik, maka esok kami akan meneruskan penjelajahan kami ke Sandakan pula, seperti perancangan asal. Sebenarnya, plan untuk Sandakan seharusnya diletakkan lebih awal namun beberapa hal timbul menyebabkannya diletakkan di tempat terakhir. Syukur jugalah kami tak jadi pulang sebab aku sudah bersumpah pochong dengan Kak Ani di Sandakan untuk melawatnya di situ. Kalau aku tak tunaikan, maka terhitunglah aku dalam golong munafik. Nauuzubillahiminzalik....
Hari ke-9
Hari ni aku sudah bertekad kuat untuk balik saja ke Papar.
Dan upss....tak jadi.
Kita merancang, Allah yang menentukan. Semua pengangkutan awam penuh sebab esok bermula cuti krismas. Aku tak tahu mesti bersyukur atau marah. Apa yang pasti, oleh sebab tak jadi balik, maka esok kami akan meneruskan penjelajahan kami ke Sandakan pula, seperti perancangan asal. Sebenarnya, plan untuk Sandakan seharusnya diletakkan lebih awal namun beberapa hal timbul menyebabkannya diletakkan di tempat terakhir. Syukur jugalah kami tak jadi pulang sebab aku sudah bersumpah pochong dengan Kak Ani di Sandakan untuk melawatnya di situ. Kalau aku tak tunaikan, maka terhitunglah aku dalam golong munafik. Nauuzubillahiminzalik....
Trip to Pantai Timur : Tampi-Tampi, Semporna
22 Dis 2011 (Khamis)
Day 8
Waktu tengok filem Duyung hari tu, terus terang, dalam mimpiku pun aku tak terbayang akan ke tempat ini. Aku lebih mudah memvisualkan percutian ke Langkawi daripada ke sini. Bahkan, membayangkan bahawa kami sekeluarga akan bercuti di Pantai Timur saja tidak pernah termasuk dalam angan-angan aku kerana aku tahu ianya sesuatu yang sukar untuk dicapai.
Trip to Pantai Timur : Floating, Semporna
22 Dis 2011 (Khamis)
Hari k-8
Inilah dia Hotel Marina yang terletak di Pekan Semporna. Hotel ni kira macam baru lahir sebab baru saja kena bina sempena kedatangan kami ke sini. Ceh...tiadalah. Tipu saja. Tapi memang betul hotel ni baru dan merupakan cawangan kepada hotel Mabul Inn. Cousin aku si Encik Ezan yang sewakan bilik untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Ezan. Duit deposit yang taukeh hotel tu bagi waktu kami check out ada lagi dengan aku. Lupa aku mahu kasi kau waktu last kita jumpa hari tu. Lupa ke tak sempat sebab the last kita jumpa macam tak berapa free,kan?
Trip to Pantai Timur : Pulau Mabul, Semporna II
Teringin menginap di situ... |
21 Dis 2011 (Rabu)
Hari ke-7
Penjelajahan diteruskan untuk ke tempat mandi dan berenang seperti dijanjikan. Ok. Tanpa banyak cerita, inilah dia gambar-gambarnya...aku mahu korang terpesona dengan birunya langit dan laut yang sempat kurakam sepanjang tempoh lawatan singkat ini ok.
Trip to Pantai Timur : Pulau Mabul I
21 Dis 2011 (Rabu)
Hari ke-7
Jelajah diteruskan menuju ke Semporna, sebuah pekan kecil yang terletak antara Tawau dan Lahad Datu. Kalau bertolak dari bandar Tawau, jarak ke Semporna memakan masa lebih kurang sejam.
Sudah lama menyimpan hasrat hati untuk kembali semula ke sini. Apa yang kuingat dulu adalah pekan ini begitu kecil dan sempit dengan udara panas kering. Namun kini, Semporna sudah membangun pesat dan menjadi pusat pelancongan dunia dengan tawaran dunia air yang paling eksotik.
Trip to Pantai Timur : Taman Bukit Tawau
Pasar Gantung, Tawau |
20 Dis 2011 (Selasa)
Hari ke 6
Awal pagi lagi kami sudah turun untuk mengelakkan sesak di Pasar gantung, Tawau. Istimewanya Pasar Gantung ni ialah ia lebih kurang macam Uptown dan Downtown di KL sono. Barang-barang jualan ditawarkan dengan harga yang begitu rendah dan kena pandai menawar kalau mahu harga jatuh lebih rendah lagi. Anak-anak beli beg sekolah di sini dan beberapa helai jersey yang jadi idaman dorang.
Trip to Pantai Timur : Rich Park, Tawau III
21 Dis 2011 (Rabu)
Hari ke 7
Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan jelajah Pantai Timur. Kenangan di Tawau? Oh...biarlah. Nyatanya aku sudah melukakan hati banyak orang meski bukan itu niatnya.
Apapun, terima kasih buat Umi Jomah atas layanan tahap VIP untuk kami sekeluarga...
Trip to Pantai Timur : Rich Park, Tawau II
Beautiful sunrise at Rich Park, Tawau. |
Hari ke 6
Inilah dia tempat inap kami selama di Tawau. Berlokasi di Rich Park, sekitar 3km dari bandar Tawau. Koleksii gambar yang aku hidangkan ni adalah rakaman sunrise yang indah di depan pelantar rumah Umi Jomah yang menghadap laut. Pertama kali ke sini, aku sudah dipaku kagum yang menyentap rasa. Ya Allah...maha suci Engkau yang mengurniakan manusia itu dari pelbagai kenikmatan dan limpahan rezeki yang berbeza. Jom tengok rumah Umi yang bernilai jutaan ringgit...
Trip to Pantai Timur : Tawau
Tawau yang selalu masih indah... |
Hari ke-5
Setelah bercek-cok panjang lebar dengan jemaah rombongan lawatan samada mahu ke Sandakan atau ke Tawau, akhirnya aku dengan tegasnya memutuskan untuk ke Tawau. Sungguhpun semua ini agak lari jauh dari plan asal dan bakal menyusahkan pada akhirnya, namun aku pasrahkan saja demi kesenangan semua pihak. Apa yang aku harapkan adalah agar perjalanan ini berlangsung dengan baik. Berbelas tahun aku plan untuk semua ni dan aku tak mahu ada aral yang melintang di tengah jalan yang bakal menganggu perjalanan kami.
Trip to Pantai Timur : Kampung Binuang. Lahad Datu
Goodbye Felda... |
18 Dis 2011 (Ahad)
Hari ke 4
Ceritanya hari ini berakhirlah lawatan sambil melancong kami di Felda Sahabat. Terima kasih pada Mak Usu sekeluarga yang ramah dan lucu. Aku suka sangat dengan tempat ni. Beruntung kawan aku si Dian yang stay dan mengajar di sini. Sebenarnya, inilah penempatan pertama aku waktu mula-mula bertugas jadi guru dulu. Tapi oleh kerana abah tak setuju anak gadisnya bertugas jauh-jauh, maka abah berusaha sekuatnya untuk memindahkan aku semula ke Papar. Akhirnya, terjerutlah aku di Papar sampai sekarang.
Trip to Pantai Timur : Felda Sahabat Homestay
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bolehlah cari alamat di atas. Rate 1 malam cuma RM60 dan kelebihannya feels really like home. Kalau menginap di Resort Sahabat kena caj RM130 semalam.
Mereka menyediakan dua bilik inap yang amat selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Ia juga dilengkapi dengan ruang tamu yang besar dan amat sesuai untuk majlis perbincangan. Dapur pun disediakan dengan segala kelengkapan. Bilik mandi pula ada dua jadi tidaklah berebut-rebut menunggu giliran.
Trip to Pantai Timur : Felda Sahabat, Tungku, Lahad Datu
17 Dis 2011 (Sabtu)
Day 3
Planningnya, hari ini kami akan ke Felda Sahabat yang terletak di Tungku, Lahad Datu. Mak Usu aku tinggal di situ. Anis bilang, tempat ni cantik sangat. Dia ada bawa banyak gambar waktu balik beraya ke sini hari tu. Since that day, aku memang teringin sangat ke tempat ni. Aku tak ingat tahun berapa, tapi kali terakhir aku ke sini ialah waktu tempat ni baru dibuka dulu. Tapi, sebelum ke rumah Mak Usu, kami singgah dulu ke rumah cousin aku, Kak Atie di Segangan II.
Trip to Pantai Timur : Lahad Datu, Kampungku!
Day 2
Assalamualaikum dan salam ceria…
Ha…inilah the real kampung aku, Kampung Segangan. Umi lahir di sini meskipun kedua orang tua umi bukan berasal dari sini. Apa yang aku tahu, bapa Umi merupakan anak jati Sarawak dan mak Umi pula berasal dari tanah Banjar. So, macamana dorang boleh bermastatutin di sini, aku pun tak tahu sangat ceritanya. Apa yang aku tahu, inilah kampung aku…Silalah konpius...
Trip to Pantai Timur : Lahad Datu
Day 1
Lahad Datu.
Wow…16 tahun aku tunggu saat ini. Kali terakhir aku jejakkan kaki ke tanah kelahiran Umi ini ialah pada tahun 1996. Lepas tu, aku tak pernah lagi punya peluang untuk balik ke sana. Mula-mula sebab sambung belajar. Tau-tau, habis belajar, kahwin. Bila kahwin, dapat kampung baru di Tenom. Jadinya, setiap kali cuti sekolah, kami banyak habiskan masa di sana. Sungguhpun secara teknikalnya keputusanku ini kelihatan agak mementingkan diri dan merampas hak abang untuk balik kampung, tapi secara peribadinya aku rasa tindakan aku ni tidaklah kejam sangat. Lagipun, sebagai guru, kita ada 4 kali cuti semester setahun. Ini bermakna, kita ada 4 kali peluang untuk balik ke Tenom, jadi kenapa perlu tunggu cuti hujung tahun saja baru nak balik,kan? Apapun, Terima kasih pada abang yang akhirnya lembut hati untuk jadikan mimpi ini jadi nyata.
My new update
Assalamualaikum to all my readers and followers…
Missed me? Sudah lebih dua minggu aku sunyikan diri aku dari mengemaskinikan artifak aku ni. Apa yang pasti, aku sangat rindukannya!
Hmmm…ingat tak hari tu aku cakap kami akan round Sabah untuk edisi Cuti-Cuti Malaysia kali ni? Ha, itulah jawapannya pada kehilangan aku semenjak dua menjak ni. Sebenarnya, bukannya round Sabah pun, cuma jelajah Pantai Timur saja. Tujuan asal sebab mahu balik kampong. Sedar tak sedar, sudah 16 tahun aku tak balik kampong aku di Lahad Datu. Mula-mula alasannya pasal study 3 tahun di Maktab. Tapi untuk tahun-tahun selepasnya, alasannya sebab sudah ada kampong baru di Tenom. Apapun, kepulangan aku kali ni pastinya berbeza dari 16 tahun yang lepas. Yalah kan…kalau dulu aku datang masih bawa title bujang, tapi kali ni, bawa 6 orang anak!
K. Khas untuk tatapan kamu-kamu yang rajin melawat blogku, biarlah aku back dated kan tour kami sepanjang tempoh 12 hari penjelajahan ke Pantai Timur. Harap-harap kamu enjoy tengok pix yang aku uploadkan ni terutamanya di Pulau Mabul. To Melati Atie, thanks sebab jadikan impian ini jadi nyata. Will talk to you soon, k…
Love & Peace
GreenNotes: Sebuah Cinta Abadi yang Pernah Ada di Bumi..
GreenNotes: Sebuah Cinta Abadi yang Pernah Ada di Bumi..: Sekian ratus tahun yang lalu… Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya, seorang istri tengah menunggu kepu...
Ala-ala pemuisi negara
Hari ni aku himpunkan semua puisi-puisi karyaku. Konon mahu jadikan kompilasi ala-ala sasterawan. Bukan mahu jual. At least, bila aku mati besok, ada juga benda yang anak-anak aku nak kenang. Aku terbayang-bayang aku ada senaskah buku himpunan puisi Luna Biru terletak elok dalam rak buku rumah aku. Mesti best,kan? Er...berapa kosnya agaknya ya?
Kalau korang nak tengok dan baca-baca, silalah klik label puisi dalam blog roll di bawah ya. Kalau rajin, silalah catatkan mana satu puisi yang korang suka. Tiada butang 'like'. Kena komen dalam ruangan atau tandakan saja pada kotak-kotak yang disediakan. Wah...banyak juga tu ada 55 puisi kesemuanya. Tapi aku paling suka yang ini.
Ok. Selamat berpuisi
Kalau korang nak tengok dan baca-baca, silalah klik label puisi dalam blog roll di bawah ya. Kalau rajin, silalah catatkan mana satu puisi yang korang suka. Tiada butang 'like'. Kena komen dalam ruangan atau tandakan saja pada kotak-kotak yang disediakan. Wah...banyak juga tu ada 55 puisi kesemuanya. Tapi aku paling suka yang ini.
Ok. Selamat berpuisi
Harta adalah Raja
Harta adalah raja
kerana dengan adanya harta maka
aku bisa membeli senyummu,
bisa melihatmu sihat,
dan bisa menikmati cintamu.
Harta adalah raja
meski tak pernah kusanjung keberadaannnya
meski sakit hatiku melihatmu ampuh
bergantung pada kekuatannya
namun kutahu itulah sifat manusia.
Barangkali cuma aku manusia tolol yang
tak tahu menilai harta.
Harta adalah raja
lalu ia pun membinasakan kita
kerana kuasanya yang hebat telah
berjaya merebut takhta seorang nakhoda
yang seharusnya bangga mengenderai
kapalku penuh cinta
ke telaga jahanam.
...ketahuilah bahawa tak pernah kusesal memilih nestapa ini
kerana kutahu bahagiaku kan karar bersamamu
meski tidurku bergalas mengkuang berbantal lengan.
Harta adalah Raja?
"Harta bukanlah jaminan untuk bahagia. Tapi tanpa harta, kita juga sulit untuk merasa bahagia."
Idiom itu aku petik dari sebuah ceramah agama arwah Dr.Zainuddin MZ.
Ada benarnya kata-kata itu.
Namun, jika kita meletakkan syarat untuk terus merasa bahagia dengan memiliki harta, itu bermakna kita telah meletakkannya sebagai keutamaan dalam hidup kita. Adalah tidak adil sekiranya kita sulit merasa bahagia tanpa harta hingga mengenepikan sisi-sisi lain yang ada di antara ruang lingkup kehidupan kita. Sungguh tidak bijaksana pula sekiranya harta dijadikan sebab untuk bahagia hingga menjejaskan alasan untuk kita menikmati hidup. Perlukah pula harta dijadikan sebab untuk kita bisa tersenyum, ketawa dan merasa gembira sedangkan dunia di sekeliling kita begitu luas untuk kita menikmatinya.
...dan aku,
telah memilih kesengsaraan ini kerana aku percaya bahagiaku ada bersamamu. Meski pandangan kita tentang hidup dan kehidupan jauh berbeza, namun aku benar-benar berharap agar kau mahu mengerti bahawa kita tidak perlu bergantung pada harta untuk terus merasa bahagia.
Idiom itu aku petik dari sebuah ceramah agama arwah Dr.Zainuddin MZ.
Ada benarnya kata-kata itu.
Namun, jika kita meletakkan syarat untuk terus merasa bahagia dengan memiliki harta, itu bermakna kita telah meletakkannya sebagai keutamaan dalam hidup kita. Adalah tidak adil sekiranya kita sulit merasa bahagia tanpa harta hingga mengenepikan sisi-sisi lain yang ada di antara ruang lingkup kehidupan kita. Sungguh tidak bijaksana pula sekiranya harta dijadikan sebab untuk bahagia hingga menjejaskan alasan untuk kita menikmati hidup. Perlukah pula harta dijadikan sebab untuk kita bisa tersenyum, ketawa dan merasa gembira sedangkan dunia di sekeliling kita begitu luas untuk kita menikmatinya.
...dan aku,
telah memilih kesengsaraan ini kerana aku percaya bahagiaku ada bersamamu. Meski pandangan kita tentang hidup dan kehidupan jauh berbeza, namun aku benar-benar berharap agar kau mahu mengerti bahawa kita tidak perlu bergantung pada harta untuk terus merasa bahagia.
Engkau cinta terhebatku
Jika masa itu bisa diputar lagi
pasti aku akan kembali pada dekap hangatnya
namun masa itu tak pernah mahu kembali lagi
meski berkali-kali kupanggil dan kujemput
ia malah semakin menjauh
meninggalkan kerut di dahiku
dan uban di kepalaku.
Berhentilah sekejap masa
izinkan aku mencarinya
dalam dakap hangat seorang kekasih
dan biarkanlah aku kembali jadi kekasihnya
walau cuma sehari
sebelum aku terlalu tua
untuk memberitahunya bahawa
dialah cinta terhebatku.
pasti aku akan kembali pada dekap hangatnya
namun masa itu tak pernah mahu kembali lagi
meski berkali-kali kupanggil dan kujemput
ia malah semakin menjauh
meninggalkan kerut di dahiku
dan uban di kepalaku.
Berhentilah sekejap masa
izinkan aku mencarinya
dalam dakap hangat seorang kekasih
dan biarkanlah aku kembali jadi kekasihnya
walau cuma sehari
sebelum aku terlalu tua
untuk memberitahunya bahawa
dialah cinta terhebatku.
Biarkan aku bermimpi tentangmu
Biarkan aku bermimpi tentangmu
juga tentang masa indah yang telah
kita lewatkan
lama dulu
saat kiambang cinta masih bertaut.
juga tentang masa indah yang telah
kita lewatkan
lama dulu
saat kiambang cinta masih bertaut.
Malam Konsert Karnival 3S di Papar 2011
I'm not so into concert, begitu kata abang. So do I, actually.
Tapi aku tak mahu merampas zaman kanak-kanak budak-budak ni. Aku juga tak mahu perasaan ingin yang mereka ada sekarang jadi memar bila dewasa nanti. At least bila aku bagi sedikit apa yang dorang mahu dalam usia sekecil ini, bila besar kelak, dorang tidak akan terkena kejutan budaya bila aku sudah tiada di sisi dorang.
Majlis Perarakan Berkhatan Beramai-ramai Kali ke-18 Kawasan DUN Pantai Manis Papar 2011
Na...bujang sudah anak manjaku si Abe Haiqal...Aku rasa, seumur hidupnya, sejak dia mula pandai cakap, hari inilah yang paling dia tunggu-tunggu dalam hidup dia. Kalau orang lain bercita-cita mau ke KL atau konvo, tapi Abe sudah lama mengidam dirinya kena sunat.
Nyahlah Sihir bongkakmu!
Sudahlah. Aku lelah.
Tak usahlah kau terus-terusan mengintip aku dari
segeluk air di mangkuk putihmu
atau menabur garam di kuali hitammu
atau mengutus salam pada bayu malam di luar jendelamu
kerana aku takkan apa-apa
hanya barangkali secuak terasa getarnya
namun unggulku masih terlalu kebal untuk kau runtuhkan
dan kau,
bukan siapa-siapa untuk meluluhkan aku.
Tidakkah kau lelah?
Mencumbu bayangku saban hari
sedang aku tidak pernah sudi menjengah bayangmu
pun sekadar untuk menyebut namamu walau satu huruf.
Pergilah.
Kau sudah terlanjur kecundang dulu.
Dan, yah...sudah kusampaikan pesanku pada jin belaanmu
yang tak pernah kau sedar hadirnya dalam setiap cebis garammu.
Semoga ia dapat menyampaikannya baik-baik ke telingamu
bahawa,
aku,
masih sehebat menjadi manusia yang sangat kau benci itu!
Tak usahlah kau terus-terusan mengintip aku dari
segeluk air di mangkuk putihmu
atau menabur garam di kuali hitammu
atau mengutus salam pada bayu malam di luar jendelamu
kerana aku takkan apa-apa
hanya barangkali secuak terasa getarnya
namun unggulku masih terlalu kebal untuk kau runtuhkan
dan kau,
bukan siapa-siapa untuk meluluhkan aku.
Tidakkah kau lelah?
Mencumbu bayangku saban hari
sedang aku tidak pernah sudi menjengah bayangmu
pun sekadar untuk menyebut namamu walau satu huruf.
Pergilah.
Kau sudah terlanjur kecundang dulu.
Dan, yah...sudah kusampaikan pesanku pada jin belaanmu
yang tak pernah kau sedar hadirnya dalam setiap cebis garammu.
Semoga ia dapat menyampaikannya baik-baik ke telingamu
bahawa,
aku,
masih sehebat menjadi manusia yang sangat kau benci itu!
Review filem Ombak Rindu dari kacamataku
Aku sudah berjanji dengan teman bunga Melatiku untuk membuat review mengenai filem Ombak Rindu. Kami menonton filem ini bersama dengan janji temu yang sudah diatur sejak mula. Seharusnya aku membuat review sejurus selepas aku menonton filem tersebut. Namun, memandangkan kadar kesihatan yang kurang baik maka aku menundanya hingga ke hari ini. Malah, saat menonton filem itu juga kondisi kesihatanku sudah mula berada dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Aku khuatir sekali kalau keadaan kesihatanku menganggu pandanganku mengenai filem itu hingga memberikan penilaian yang tidak adil. Jadinya aku terpaksa menunggu sampai aku betul-betul sihat. Dan, ya, rasanya hari ini otakku sudah cukup sihat untuk menginterpretasikan filem itu berdasarkan kacamataku sendiri.
Tolong lembutkan hati dia...
Saat ini jiwaku nazak menangis minta dipercepatkan hukuman. Bila hukuman sudah dijatuhkan, maka kita akan segera bebas dari penjara yang memenjarakan dan yang menghukum-hakam kehidupan. Nyatanya hukuman itu tidak juga dimandotorikan ke atas aku dan Tuhan terus-menerus membiarkan aku berteka-teki sendiri. Tanpa klu, tanpa lampu, aku terus mencari gali sendiri jawapannya.
Ya Tuhan...
Lelahku berusaha menjadi kuat pada raksa hampa yang kian berkuasa di dalam kerajaan diri. Ataukah takhta sabarku sudah lenyap dan meninggalkan aku sepi sendiri meniti trauma lampau yang menyeksakan? Perlukah mimpi malamku dibalut esak air mata yang mengalir lesu dalam titis pasrah seorang permaisuri? Aku tak mahu mencari jawapanya kerana kutahu jawapan itu ada tapi tiada. Biarlah ia berjelaga di balik dinding-dinding hati yang hampa. Hanya satu saja kupinta, tolong lembutkan hati dia...
Ya Tuhan...
Lelahku berusaha menjadi kuat pada raksa hampa yang kian berkuasa di dalam kerajaan diri. Ataukah takhta sabarku sudah lenyap dan meninggalkan aku sepi sendiri meniti trauma lampau yang menyeksakan? Perlukah mimpi malamku dibalut esak air mata yang mengalir lesu dalam titis pasrah seorang permaisuri? Aku tak mahu mencari jawapanya kerana kutahu jawapan itu ada tapi tiada. Biarlah ia berjelaga di balik dinding-dinding hati yang hampa. Hanya satu saja kupinta, tolong lembutkan hati dia...
KH Rahmat Abdullah
"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]
Mereka belum merdeka.
Ini bukan entry puitis. Ini entry merapu dan bersulam-sulam dengan sakit hati dan dendam. Aku ni memang agak pendendam sikit orangnya. Nasib takut dosa. Kalau tidak, pasti aku akan jadi manusia yang haloba dengan dendam.
Baiklah. Sebagai 'Klunya', entry ini adalah lebih berbentuk feminisme dan emansipasi wanita.
Ceritanya lebih kurang macam ni. Waktu kecik-kecik dulu, waktu umi sakit, aku selalu tengok abahku yang gagah perkasa itu akan jadi kalut tidak menentu. Kekalutan itu timbul kerana kebiasaan kebergantungannya pada umi yang selalu menyediakan keperluan harian kami sekeluarga. Lalu, bila umi ditimpa sakit, abah jadi kurang terbiasa mengendalikan hal-hal rumahtangga termasuklah makan minum kami yang masih kecik-kecik waktu tu.
Baiklah. Sebagai 'Klunya', entry ini adalah lebih berbentuk feminisme dan emansipasi wanita.
Ceritanya lebih kurang macam ni. Waktu kecik-kecik dulu, waktu umi sakit, aku selalu tengok abahku yang gagah perkasa itu akan jadi kalut tidak menentu. Kekalutan itu timbul kerana kebiasaan kebergantungannya pada umi yang selalu menyediakan keperluan harian kami sekeluarga. Lalu, bila umi ditimpa sakit, abah jadi kurang terbiasa mengendalikan hal-hal rumahtangga termasuklah makan minum kami yang masih kecik-kecik waktu tu.
Johan Bilik Sumber PPDa (Bandar) 2010
5 Disember 2011. Isnin.
Setelah setahun menunggu, akhirnya hari ini berbaloilah segala usaha yang telah dicurahkan di PPDa. Sayangnya Noy tiada untuk meraikan hari bahagianya. Terpaksalah aku yang bukan siapa-siapa ni pergi mewakilkan dirinya. Nasib baiklah Anis terlibat dalam acara ini jadi ada juga alasan kuat aku untuk turut serta. Tahniah untuk Noy dan maaf, aku tidak dapat kekalkan kejayaan ini untuk tahun ini. Semoga hatimu belum kering untuk meneruskan perjuanganmu dan meniti kejayaan yang seterusnya...
Sesungguhnya, kejayaan ini cukup besar nilainya buat kami bertiga, Noy, Kak Jane dan aku. Di PPDa inilah kami mulai kenal erti persahabatan dan pergorbanan. Sayangnya kadang-kadang sesuatu itu tiba-tiba saja berlaku dan merenggut nilai persahabatan yang telah kita pahatkan. Samada kita kekal bertahan atau kita akhirnya memilih keputusan untuk pergi, semuanya bergantung pada kekuatan ikatan itu. Mungkin saja kita memilih untuk tunduk pada keadaan tapi alangkah baiknya kalau semua itu terus kekal dan bertahan sampai bila-bila....
Mau tengok Ombak Rindu!
Ada kawan bawak tengok Ombak Rindu. Yes...bisa aja dong! Sungguhpun sebenarnya aku tak berapa mau tengok sebab takut jalan ceritanya lari dari yang asal. Biasalah kalau sudah adaptasi,kan? Aku mahu mengenang ombak rindu dalam versi novel yang pernah aku suka baca dulu. Mudah-mudahanlah pengaplikasiannya ke bentuk visual kali ini tidak menghampakan.
Meskipun aku kurang sihat sebab diserang demam tounsil yang mendadak, tapi kalau sudah kena ajak macam ni...ya tentu mau! Apalagi tie....jom serang 1B!
...cinta diamku
Saat ombak mendesah antara laut dan muara rindumu
angin pun berdesir layu di telingaku menyampai gundah rasamu
bahagiaku pun melurut di balik bayang
yang berbalam antara kamu dan dia.
Oh sudah pastilah aku tak akan berlari mengejarmu
sedang kakiku terikat oleh sumpah bersaksi Tuhan
meski lelah kusuguhi hatiku untuk melupakanmu
sedang bayangmu pun haram berjejak seinci urat dalam nadiku.
Tikamlah masa laluku biar mati tak bernisan
agar bisa ku hirup nafas hari ini sesegar cinta seorang pencinta mithali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
December
(38)
- 2012 & Aku si Luna
- Trip to Pantai Timur : The Final Day
- Makan Malam di Rumpun Selera, Lahad Datu
- Trip to Pantai Timur : Sk. Tanjung Aru, Sandakan
- Trip to Pantai Timur : Pulau Tanjung Aru, Sandakan
- Trip to Pantai Timur : Sandakan
- Trip to Pantai Timur : Pulang ke tidak?
- Trip to Pantai Timur : Tampi-Tampi, Semporna
- Trip to Pantai Timur : Floating, Semporna
- Trip to Pantai Timur : Pulau Mabul, Semporna II
- Trip to Pantai Timur : Pulau Mabul I
- Trip to Pantai Timur : Taman Bukit Tawau
- Trip to Pantai Timur : Rich Park, Tawau III
- Trip to Pantai Timur : Rich Park, Tawau II
- Trip to Pantai Timur : Tawau
- Trip to Pantai Timur : Kampung Binuang. Lahad Datu
- Trip to Pantai Timur : Felda Sahabat Homestay
- Trip to Pantai Timur : Felda Sahabat, Tungku, Laha...
- Trip to Pantai Timur : Lahad Datu, Kampungku!
- Trip to Pantai Timur : Lahad Datu
- My new update
- GreenNotes: Sebuah Cinta Abadi yang Pernah Ada di ...
- Ala-ala pemuisi negara
- Harta adalah Raja
- Harta adalah Raja?
- Engkau cinta terhebatku
- Biarkan aku bermimpi tentangmu
- Malam Konsert Karnival 3S di Papar 2011
- Majlis Perarakan Berkhatan Beramai-ramai Kali ke-1...
- Berkorban apa saja - Hang Tuah
- Nyahlah Sihir bongkakmu!
- Review filem Ombak Rindu dari kacamataku
- Tolong lembutkan hati dia...
- KH Rahmat Abdullah
- Mereka belum merdeka.
- Johan Bilik Sumber PPDa (Bandar) 2010
- Mau tengok Ombak Rindu!
- ...cinta diamku
-
▼
December
(38)