Tuesday, February 11, 2014 | By: Luna Biru

Pemergiannya....

04 Feb 2014


Akhirnya pagi ini makcik kesayangan aku pun meninggal dunia saat musim syuruk baru menjengah bumi.

Sudah lama dia melawan sakit tuanya. Sudah lama juga Allah beri peluang untuk anak-anaknya meraup sebanyak mana pahala membela seorang ibu. Begitu juga peluang untuk kami-kami para saudara semuslim dan sedarah ini untuk membayar segala hutang budi yang pernah arwah taburkan.


Aku baru dua kali menjengahnya sepanjang tempoh arwah nazak. Nampaknya arwah tidaklah begitu berguna padaku waktu dia sekarat sebab aku lebih cenderung melawatnya saat dia diperlukan. Pada saat dia perlukan aku, aku macam tak wujud langsung. Sibuk memanjang. Kali terakhir lawat arwah, aku sibuk main kucing kacukan parsi yang diternak oleh anak cucunya.

Waktu sendiri dalam bilik, air mata aku mencurah-curah. Macam biasa depan orang aku pura-pura tabah. Sebenarnya bukan pura-pura. Cuma entah kenapa air mata aku ni jenis degil tumpah depan orang. Dan aku pula jenis automatik tabah kalau berdepan dengan orang cengeng. Tapi sedih dan kesal aku, Allah ja tahu...

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Atas segala jasa bakti yang telah beliau curahkan pada kami sekeluarga, aku bermohon agar Allah meringankan beban kuburnya...

Kasihanilah dia Tuhan. kerana dia sangat mengasihani aku.

Amin.

0 comments:

Post a Comment