Tuesday, February 11, 2014 | By: Luna Biru

Kaca di kedai TCT

Kami semua dalam dilema. Nampaknya Allah dah beri ujian bertingket-tingket. Aku rasa objektif utama Tuhan bagi ujian ni bukanlah kewangan, tapi kesabaran. Tapi biasalah, bila kita hadapi masalah kewangan, kesabaran pun sudah jadi tipis macam kulit bawang. Emosi pula sangat fragile macam gelas kaca di kedai TCT a.k.a kedai RM2. 

Jadi seperti biasa juga, anak-anak jadi mangsa. Pagi ni si bujang umur 16 tahun jadi lempias kebengangan manusia dewasa. Aku tak kata Arin betul sebab dia memang sedikit biadap this lately. Tapi aku sedih melihat cara dia dimarah dengan begitu teruk sekali padahal dia sedang cuba nak perbaiki keadaan sebagai satu langkah inisiatif mengatasi masalah yang dihadapi pagi-pagi. So kalau ditanya pasal inisiatif, this is what I can called initiative dan aku bangga yang anak aku mempunyainya. Malangnya ialah bila keadaan tak berapa betul sebab hati-hati kita manusia dewasa ini sudah macam kaca di kedai TCT. 

Belum pernah sekali pun atok marah cucu kesayangan tu. Jadi hal ni pasti sangat melukakan hati Arin. Atok sangat sayangkan dia dan sanggup buat apa saja untuk bahagiakannya. Arin berada di ambang remaja. Bagi aku, mengenakan cara yang keras sangat tak sesuai untuk dia. Atok adalah satu-satunya manusia tempat dia bermanja. Aku tak pernah tengok dia bermanja begitu dengan sesiapa pun. Sampai ke besar begini dia masih bergayut di tangan atok. Sedangkan dengan abahnya dan aku sendiri dia selalu paksa dirinya jadi dewasa. Atok sajalah the only reason untuk dia rasa masih jadi kanak-kanak. So kau bayangkanlah kalau satu-satunya dahan yang kau paut patah...aku bimbang dia akan makin hilang arah....

Look. 

Kebimbangan aku berasas ok. Jangan remehkan kebimbangan aku dan jangan sesekali acuhkan perasaan seorang remaja. Kita semua pernah lalui fasa tu. Kita juga pernah rosak pada usia tu kerana kesilapan pendekatan yang ibubapa kita pernah lakukan. Jangan biarkan kesilapan itu berlaku lagi kerana kita adalah manusia berakal yang sudah didewasakan oleh pengalaman. 

Sekarang Arin. 

Sekejap lagi Abe pula akan menyusul. 

Kita pula masih terus berhati seperti kaca di kedai TCT. 

0 comments:

Post a Comment