Tuesday, February 11, 2014 | By: Luna Biru

Adios

Aku nak cakap apa lagi? 

Rasa macam nak muntahkan semua kesal-kesal yang ada dalam jantung aku. Rasa macam nak ludah-ludah semua kemarahan aku atas lantai biar berhambur. Rasa macam nak teriak-teriak marah dan lepaskan semua perasaan aku biar dorang tahu bahawa aku pun ada perasaan juga. 

Emosi? 

Mungkin.


Tapi biarlah. Kalau ada sesiapa di tempat aku tadi pun pasti akan rasa apa yang aku rasa. Bukan sekali dua aku hadapi benda-benda macam ni dan terpaksa telan sendiri. Pelik betul aku masalah kecil macam ni sentiasa berlaku berulang-ulang semenjak 16 tahun aku mengajar. Tak ada ke seorang pentadbir pun yang dapat setelkan masalah ni? Tiga sekolah dah aku ajar semua pun sama. 

Semua orang selalu merasa punya hak untuk marah. Bebas untuk komplen sesuka hati. Bebas untuk menolak tugas dan bebas untuk lepas tangan. Kenapa tidak aku? Selama ini aku sudah berusaha untuk setelkan semua masalah baik-baik meskipun by the end aku juga yang terlebih exhausted sendiri. Tapi mungkin pasal aku baru-baru nak belajar jadi tukang komplen, maka aku tak dapatlah nak saing orang yang dah memang expert jadi kaki komplen. 

Tiga tahun dulu aku ingat aku datang sini sebab nak berhijrah. Tapi nampaknya hijrah aku dah sampai ke garis penamat. Mungkin aku kena reshuffle balik hidup aku dan tamatkan hijrah itu di sini. Aku kena cari tempat baru untuk dijadikan pusat penghijrahan semula. Sayang sungguh. Padahal aku sayang sekolah ni. Aku suka lokasinya. Aku suka prasarananya. 11 tahun sekolah di luar bandar buat aku sangat hargai segala yang ada di sekolah ni. Tapi mungkin memang dah jodoh aku sampai sini saja. 

Adios-lah, Surati. 

0 comments:

Post a Comment