Madam Maria.
Aku dah banyak dengar cerita pasal dia dan program Brithish Counsilnya.
Secara teknikalnya aku tak ada masalah sangat nak terlibat dalam program bijaksana dia ni. Tapi persoalannya sekarang ialah aku nak tumpukan lebih masa untuk kelas UPSR. Aku dah dicop gagal menjalankan tugas menjadi Penyelaras UPSR tahun lepas kerana ketindihan tugas. So aku tak nak pula dianggap gagal jadi Ketua Panitia kalau KPI kami tak mencecah ke tahap yang diidamkan oleh encik PPD. Terlibat dalam program Maria bermakna aku kena spend more time with her1 jam sebelum lesson, 1 jam lesson dan 1 jam lagi selepas lesson. 3 jam sama dia, bro! Sedangkan masa itu selalunya aku isi baik-baik dengan makan 20 minit, semak buku, buat BBB dan paling penting masa tu aku isi dengan membuat bimbingan individu dengan murid UPSR aku. Tidakkah ia kelihatan sangat selfish?
Program ni bagus. Aku pun dah lama mengidam nak terlibat secara langsung dengan orang putih sebab aku nak belajar selok-belok pendidikan dorang.
Tapi bukan untuk cikgu yang ada 32 masa mengajar. Bukan untuk KP. Bukan untuk guru BI tahun 6 yang handle dua kelas UPSR. Bukan untuk guru yang kena curi masa belajar untuk latih action song, coral speaking, story telling dan bola baling. Faham tak?
Tapi aku memang bukan tukang debat. Bukan juga kaki komplen jadi aku takkan pernah menang pertahankan hujah aku.
Aku ni pak sanggup dan loser. So korang ambillah kesempatan atas semua kebodohan aku ni.
oh...makin ingin rasanya hijrah.
0 comments:
Post a Comment