Thursday, February 20, 2014 | By: Luna Biru

U'll never knew

Aku tunggu 17 Feb dengan kepala seberat lori 20 tan. Aku takut. Aku buntu. Aku tidak menemukan jalan. Tuhan buat2 tak nampak aku tengah merayap2 bawah kaki Dia. Apa yang tuhan uji sebenarnya?

Masalah kemudian settle pada sehari selepas itu dengan linangan air mata dan ratap umi yang mengalahkan lakonan mak mertua Kassim Selamat. Abah bertindak jadi hero walaupun di mukanya terlukis kekesalan yang amat. Saat itu aku rasa aku sudah gagal jadi manusia. Amanah yang Tuhan galas atas bahu aku melurut jatuh dengan genang2 air mata aku.


Ah...U'll never knew...what I had through today. Dan aku kehilangan ayat2 power untuk described kan keadaan ni pada kau. Aku juga tak mampu nak simplified kan ayat supaya ia tak nampak extravaganza sangat. No. Aku mati hari ini. Kujual maruahku satu2 dan ini yang terakhir...

Ya tuhan...
Kalau aku bukan mayat, maka aku adalah manusia yang berjalan tanpa sehelai baju pun atas muka bumi ini. Malu! Aku malu jadi diriku. Aku gagal total.

Dan malam ini, another masalah yag perlu kufikir. Tak tahu pula berapa lama lepas ni peti hitam saiz  46 inci tu akan terus jadi buta. Besok, aku harap lembar2 berwarna ungu boleh merayap masuk supaya aku boleh setelkan masalah kotak biru berharga impian sang kekasih dan jiwa yang sudah tergadai di kedai suria.

Tuhan,
Adakah aku boleh masuk dalam senarai manusia tabah?

0 comments:

Post a Comment