Mungkin aku tersilap menggunakan bahasa beraras tinggi dengan manusia berotak aras rendah. Sepatutnya aku kena konsider dulu dengan siapa aku bercakap. Kesilapan memilih jurgon hanya mendatangkan impak yang fatal total. Professionalisme bermesyuarat entah ke mana, penyelesaian tak dapat, natijahnya, maruah diri pula dicalar-calar depan orang. Lebih buruk dari itu, konsekuensi ini melibatkan pihak ketiga yang tidak sepatutnya campur tangan dalam permasalahan yang sedang dihadapi ini.
Mungkin aku kena buang prinsip hidup aku yang memegang pada pepatah "Tarik rambut dalam tepung. Tepung tak berhambur, rambut pula tak putus," Prinsip ini lebih banyak memakan diri aku dan lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Manusia itu sifatnya suka betul melayan nafsu amarah tanpa memikirkan kesan sampingan pada manusia lain. Rugi betul kalau dibiar perasaan marah tu berlalu sia-sia begitu saja (agaknya?). Entahlah. Mungkin kali ni aku kena reshuffle prinsip hidup aku betul-betul dan sesuaikan dengan keadaan sekeliling.
Tapi aku nak buat macamana? Soalnya, aku tak rasa yang aku sedang buat salah atau berada dalam kondisi yang salah. Yang salah tentang pilihan hidup aku adalah kerana aku di kelilingi oleh manusia-manusia yang cetek pemikiran dan kurang mahir bersikap rasional. Perlukah kuubah semua itu supaya aku berada dalam taraf yang sama macam dorang?
Entahlah kan....
0 comments:
Post a Comment