Dia memang manusia berotak udang. Akalnya sempit dan ruang fikirnya terhad. Emosinya saja yang terlihat babak-belur. Mahu saja kucucuk dua biji matanya dan kusimpan atas pinggan. Sepasang matanya itu adalah aset yang paling dibanggainya selama ini. Kononnya mata itu punya aura yang mampu menguasai manusia hingga terjelupuk menangisi ehsannya. Mau juga kutoreh-toreh lidahnya dan simpan dalam peti kaca. Biar dia tengok hari-hari dan ingat bahawa lidahnya itulah yang telah banyak menikam hati orang.
Dan,
Memanglah bodoh bertengkar dengan manusia berotak udang seperti ini. Walau beribu percubaan untuk memurnikan keadaan pun tidak akan pernah mampu untuk menjadi penstabil pada kekeruhan yang selalu diciptakannya. Lebih malang lagi kalau dia sentiasa merasa bahawa segala tindak tanduknya selalu betul. Kita pula yang diistilahkan bodoh kerana tidak dapat memahaminya. Mungkin dia sudah terkena penyakit bingung yang dikurniakan Allah pada hambaNya yang lebih memberatkan urusan duniawi semata-mata. Kebingungan yang tidak dapat dikawalnya itu akhirnya disalurkannya pada orang lain hingga dia baru mau merasa puas kalau semua orang ikut-ikut bingung macam dia.
Oh...sebelum aku kejangkitan virus penyakit bingung a.k.a cemas melampaunya, lebih baik aku angkat kaki. Jangan ada apa-apa hubungan lagi kecuali atas nama silatur-rahim.
Amin.
p/s : Semut pun kalau dipijak hari-hari menggigit juga!
Amin.
p/s : Semut pun kalau dipijak hari-hari menggigit juga!
0 comments:
Post a Comment