Agak terkejut menerima sepucuk surat dari seorang bekas murid tahun 6 sesi 2012. Nechfina Felicia, namanya. Pelik rasanya menerima surat di dunia gajet begini. Nyatanya cara tradisional ini lebih mendatangkan impak besar dan tidak akan pernah kehilangan bisanya.
Antara isi surat Nech mengatakan tentang kemelut perasaan yang dihadapi saat berhadapan dengan transformasi antara dunia sekolah rendah dan sekolah menengah. Sementalah pula Nech bersekolah di SMK Kinarut yang mempunyai jumlah populasi pelajar melebihi 1000 orang! Berbanding dengan Sk.Surati yang jumlahnya jauh dari kecil dari itu, jauh lebih aman dan kurang tekanan, perubahan ini nyata memberi impak dalam kehidupannya sebagai pelajar. Mungkin Nech tidak punya teman bicara yang dapat memahami gelodak perasaannya sebab itu akhirnya dia memilih aku....seperti yang pernah dilakukannya di tahun lalu...
Gambar semasa Open House Niesha |
Dalam surat itu juga Nech mengucapkan terima kasih dan penghargaannya kerana aku telah banyak memberikan motivasi dan semangat untuknya selama ini. Aku tidak tahu sejauh mana kehadiranku memberi kesan dalam hidupnya. Tapi pernyataannya itu sudah cukup membuat aku merasa sangat dihargai.
1M 1S 2012 |
Aku masih ingat kali pertama melihat Nech tahun lalu. Waktu tu, dia baru berpindah ke sekolah kami. Dia duduk di belakang dengan wajah yang enggan untuk menerima perpindahan yang entah kali ke berapa di laluinya. Wajahnya mengingatkan aku pada perasaan yang pernah aku alami dulu. Namun sesuatu dalam mata Nech membuat aku yakin kalau dia bukanlah seorang gadis yang biasa,. Mata itu bersinar dan punya sejumlah kekuatan yang hanya menunggu masa untuk dikembangkan. Aku cuba membawanya keluar perlahan-lahan dari dunianya. Alhamdulillah...Nech membuka peluang untuk aku mendekatinya. Akhirnya, aku melihat suatu perubahan besar dalam diri Nech; baik dari segi pembelajaran mahupun personaliti. Dia yang pemalu dulu telah berani menampilkan dirinya. Percubaan pertama Nech ialah dengan mengikuti perkhemahan pengakap daerah. Selepas itu Nech mulai berani untuk turut serta dalam pertandingan futsal daerah. Akhir sekali, dia mulai menonjolkan dirinya dalam kelas; dia berani menggunakan bahasa inggeris ketika berkomunikasi denganku, berani menjadi orang pertama yang menawarkan diri membaca perenggan bahasa inggeris dan seterusnya berani untuk menyanyi di hari perpisahan. Malangnya, hajat untuk itu tidak kesampaian...
Perkhemahan Pengakap Daerah |
Waktu keputusan UPSR diumumkan, Nech menghubungi aku dan mengatakan bahawa dia lulus peperiksaan itu. Setidaknya, dialah satu-satunya murid yang mengucapkan terima kasih padaku.i Di saat aku merasakan bahawa tiada lagi murid yang kenal budi bahasa, dia tampil memecahkan tradisi itu. Nech sangat istimewa. Aku harap dia kekal sehebat ini.
Nech dan Niesha |
Aku tahu, masa akan mengambil sedikit demi sedikit perananku dalam hidupnya. Esok lusa, dia akan menemukan idola baru yang lebih layak dikagumi. Tapi itu memanglah adat dalam kehidupanku sebagai guru. Murid datang dan pergi bersilih ganti saban tahun. Dan aku, kekal di sini mengulang rutin yang sama untuk murid yang lain pula. Dan sesungguhnya, bagi aku, kejayaan seorang murid itu tidaklah hanya dilihat berdasarkan kepada kejayaan dari segi intelektual semata-mata. Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mampu menemukan seorang murid dengan dirinya sendiri dan menjadi sumber manusia yang mampu berdikari di atas kakinya sendiri. Itu lebih bermakna sebenarnya....
Anies dan Niesha |
Kepada Nech, Ever, Ekyn, Nurul, Jojo, Ridhwan, Neva, Laila, Ellyana, Fiqrie, Niesha dan Izzat, teacher akan selalu ingat kamu sebanyak mana kamu selalu mengingati teacher. To Ever, sekali lagi teacher minta maaf atas segala kemarahan yang tidak sepatutnya teacher tumpahkan pada kamu di pertandingan futsal yang lalu. Ketahuilah bahawa teacher masih merasa bersalah sejak peristiwa itu. To Ridhwan, teacher minta maaf sebab pernah jadikan kau mangsa lepas geram teacher sampai ke tahap membaling kunci dan meja. Apapun, teacher harap kau akan berubah menjadi murid yang lebih fokus dan rajin dalam pelajaran. Kau seorang bilal yang bagus. Teruskanlah berdakwah kerana dunia sekarang memang perlukan seorang ustaz. Niesha, Ekyn dan Ever, Sorrylah menyibuk tapi teacher rasa, you are too youg to be in love with someone. Belajar bezakan mana perasaan cinta dan mana perasaan pesona kerana ia adalah perasaan yang selalu mengelirukan kita. Mungkin kita akan tertarik dengan seseorang tapi itu bukan bermakna yang kita menyintai dia. Mungkin juga kita tertarik dengan dia tapi bila kita jadi couple dia, baru kita sedar yang kita tidak selesa dan serasi bersamanya. Itulah maknanya PESONA. Sementara cinta itu pula terlalu luas dan agung maknanya...Kalau nak bercinta sekarang pun, tetapkanlah matlamat bahawa it is just for fun supaya bila kecewa nanti, tidaklah hancur ranap terus...
Meraikan kemenangan di tempat ketiga Pertandingan Futsal Daerah |
To Fiqrie, Jojo, Laila, Ellyana, Neva dan Izzat, belajar rajin-rajin agar terus maju dalam pelajaran. Teacher ada hutang satu jersey sama Fiqrie. hehe...
Ok...setakat ini dulu....Teacher sayang kamu-kamu....
Love,
Teacher Zue...
Thanks Nech for your letter.Teacher sangat hargainya.... |
p/s : Kita guru, tak pernah tahu nilai kita dalam diri murid. Kita hanya akan tahu bila kita sudah bukan menjadi guru mereka lagi....mungkin juga kita hanya akan tahu nilai kita bila kita pencen dan mati nanti...Aku hanya pemberi cinta yang setia, selama mana gelaran itu disebut lebih dulu dari namaku sendiri....
0 comments:
Post a Comment