Friday, February 8, 2013 | By: Luna Biru

MSS Zon Pekan, Papar


Berakhirlah temasya MSS Zon Pekan yang telah berlangsung selama dua hari sejak kelmarin. Buat pertama kali aku dipanggil bertugas menjadi Hakim Penamat. Che....gembira betul nih. Selama ni aku ditegah daripada bertugas di padang sebab takut murid-murid aku bakal rindukan aku. Itu sarkastiknya. Hakikatnya, masa mengajar aku yang lebih banyak berbanding yang lain menyebabkan sedikit kesulitan mencari guru ganti sepanjang ketiadaan aku. Lagipun, guru besar selalunya tak lepaskan guru tahun 6 untuk bertugas luar. Takut murid ketinggalan pelajaran. Masalahnya, bila masa musim sukan-menyukan ni, murid di tahun 6 cuma tinggal beberapa kerat saja. Selebihnya jadi atlit ataupun ikut perbarisan. 




MSS Zon Pekan kali ni kira macam pemecah tradisi juga semenjak Program MMI dilancarkan awal tahun ni. Tiga zon sebelum ini melaksanakan MSSZ pada sebelah petang sebab terikat pada sistem baru  yang lebih memberatkan bidang akademik ini. Ada pro dan kons sebenarnya Program MMI ni. Dari segi kebaikannya mungkin dapat dilihat dari segi ketelusan P&P. Tapi keburukannya juga tidak dapat dipandang remeh. Kesan yang paling besar ialah masalah ponteng sekolah agama bagi murid yang beragama Islam. Rasanya pihak atasan perlu toleh-toleh sikit perkara ni demi kebaikan semua pihak. 



Waktu tengok murid aku lari bagai kerbau gila di tengah padang, aku tetiba teringatkan Anis. Tahun lalu, dia star di arena ini. Namanya jadi sebutan. Harapan diletakkan begitu tinggi padanya hinggalah dia terkantoi memilih keputusan dalam MSS Daerah. Tahun ni nampaknya belum ada star menandingi dia. Tiada nama yang dijerit di tepi padang dan tiada pula desis kagum yang menyedapkan telinga. Atlit-atlit kami pun tidak begitu menyerlah. Cuma Haniza saja yang mampu menaikkan semangat Silent Killer Sk.Surati. Alhamdulillah, hasratnya untuk menjadi olahragawati tercapai juga akhirnya. Dua tahun dia cuba merebut gelaran itu dari Anis. 


Si Abe pula cuma ikut satu acara saja iaitu lompat tinggi. Dia kalah di saringan pertama yang akhirnya melenyapkan segala impiannya. Kesilapan teknikal pula menyebabkannya jadi pelari terjun untuk acara 4X200m. Abe asyik mengadu kakinya sakit sejak ikut acara merentas desa minggu lepas. Sehari sebelum pertandingan, dia paksa aku ubatkan kaki dia dengan segala kebolehan spiritual yang aku ada (macamlah aku ni teror jadi bomoh!). Lepas tu dia paksa aku untuk berdoa a.k.a sumpah dia sampai sembuh sebab katanya kata-kata seorang ibu itu cepat dimakbulkan Allah. Aisey....kau ingat mama ni Mak si Tanggang ke, Abe? Kalaulah setiap ibu ada kuasa macam tu, kompom semua anak di dunia ni dapat nombor satu dalam peperiksaan. Kompom2 juga kau lahir muka sebiji macam Brad Pitt. 


Terjadi dua perkara gempar yang sebenarnya lucu bila diingat. Tapi waktu kita berada di tempat kejadian, perkara tu jadi memalukan dan sangat menyakitkan hati. Malangnya kedua perkara gempar ni dicipta oleh murid aku. Pertamanya, si Shahrizal a.k.a si Bocil yang terlepas sasaran tilam sewaktu beraksi di acara lompat tinggi. Tak pernahnya dibuat atlit yang menjadi wakil sekolah mendarat atas tanah. Hempasan yang begitu kuat menyebabkan dia mengalami trauma hingga tidak sedarkan diri seketika. Panik juga aku bila tengok abang dukung dia untuk diletakkan di khemah kecemasan PBSM. Setelah diberikan rawatan, dia sedar semula. Perkara pertama yang ditanyanya ialah....di mana saya? Mungkin dia heran bila buka mata  yang dia nampak ialah ahli-ahli PBSM yang semuanya berbaju putih. Selamba je cikgu PBSM tu cakap, "Bangunlah anakku...kau di syurga sekarang. Ni semua angel-angel yang akan menemanimu di sini...."Kami pakat gelak ramai-ramai. Hampeh...hilang ingatann dah murid aku sorang ni.  



Perkara kedua ialah bila sorang atlit 4X200meter terlepas sasaran dalam putarannya hingga menyebabkan rakannya terkulat-kulat kehairanan. Wei...tak cukup jauh lagi ke 200 meter sampai kau nak tambah dua pusingan, dayangku? Atau mungkin juga sebab dia terlampau laju lari sampai tak sempat nak brake. Apalagi kawannya ni pun rentas bulatan padang dan kejar dia sampai dapat. Bila dah dapat, terus dia rampas button dan sambung lari balik. Hampeh...tak pernahnya dibuat orang...Yang aku nak tergelak tu, hakim balapan pun terkebil-kebil tak tahu nak angkat bendera merah ke tak. Kompom2 dah batal sejak pelari kedua terlepas pusingan buat aplah kau nak kejar lagi...?



Pasukan perbarisan kami kekal di nombor tiga seperti tahun lepas. Seingat aku cuma tahun 2010 kami dapat nombor dua. For sure tahun ni kekal kalah di tangan SK. Buang Sayang. Aiseh...asyik kalah di tangan sekolah yang sama je....tak boleh jadi ni. Tahun ni pertandingan Action Song akan diadakan di Sk. Buang Sayang. Tahun lepas aku kalah 0.3 mata dengan dorang. Harap-harap tahun ni boleh catch up balik. Tapi dancers pun belum pilih lagi ni padahal dorang dah lama dah ready....


Aku kesian tengok abang yang gagal secara maksimum melatih pasukannya untuk memenangi sebarang pingat. Dia dilabel sebagai jurulatih yang gagal. Adeh...pedasnya bahasa. Memang agak malang sikit bagi abang sebab pasukannya selalu menjadi pasukan belasahan. Kena buat post-mortem ni...Maybe ada slack di mana-mana yang abang tak perasan. Persoalannya, sejauh mana peranan jurulatih dalam melatih atlit untuk mampu bersaing? Adakah aset iaitu murid memainkan peranan dalam perkara ini? Maksudnya, mana yang lebih penting, aset atau jurulatih? Apapun, konsekuens dari kutukan yang berapi itu menyebabkan Abe tergerak hati  untuk berpindah ke sekolah abang. Katanya, dia sanggup korbankan keselesaannya di SK.Surati semata-mata untuk bantu abahnya. "Ah, apalah yang boleh kau buat, Abe?" tanyaku. "Banyak...Mungkin dengan kehadiran Abe di sekolah itu dapat mengubah sedikit persepsi negatif murid-murid abah untuk mahu bersaing secara lebih positif. Abe akan tunjukkan dorang satu semangat yang mungkin boleh menyuntik jati diri dorang agar lebih faham akan kepentingan kokurikulum. Mungkin, Abe boleh salurkan aura yang berlebihan di badan Abe ni untuk dorang tiru dan jadikan Abe sebagai satu saingan yang boleh membina keyakinan diri dorang. "Terkedu aku mendengar jawapannya....Betullah budak sorang ni ada mata hati yang dapat melihat sesuatu yang di luar kotak pemikiran manusia biasa sebayanya....


Acara berakhir jam tengahari saat matahari tegak atas kepala. Oh..,syukurlah semua sudah berlalu dengan selamat. Aku suka dengan tugasan baru ini dan aku juga suka bertugas dengan pihak tuan rumah, SK. St. Joseph. Tahniah diucapkan kepada pihak pengajur yang dapat menyediakan ruang kerja yang sangat selesa dengan sistem kerja berpasukan yang sangat mantap. Thanks to Kak Nisha yang baik hati. BTW, aku benci sorang minah tu yang banyak mulut asyik komplen itu dan ini. Memang itu saja kerjanya dalam dunia ni kot. Semalam aku dengar di Forum Perdana mengatakan bahawa sikap suka merungut sebenarnya adalah satu penyakit hati yang diturunkan Allah kepada hambaNya yang tidak tahu bersyukur. Na'u zubillah Min Zalik....














Dua Iman


Tahniah Sk. Buang Sayang. Dorang ni sudah jadi benchmark aku dah ni. Pesaing positif.




0 comments:

Post a Comment