Pada segala musibah yang baru terjadi, bahkan belum pun selesai, aku cuma mampu menerimanya dengan redha. Meski jauh di sudut hati terbirat rasa kesal, tapi mau atau tidak aku kena pusingkan segalanya menjadi positif supaya rasa kecewa tidak terlalu menekan. Pun aku bersyukur sebab diberi petunjuk awal, tapi hakikatnya, pada suatu pihak aku tetap berada di pihak yang rugi.
Jadi, bak bunga yang layu sebelum berkembang, maka aku terpaksalah ucapkan selamat tinggal pada impian desert corner yang hanya tinggal 10% untuk dilaksanakan. Sepuluh peratus! Kau dengar tak tu? So mungkin kau dapat bayangkan bahawa 90% sebenarnya sudah siap. Sungguh tak disangka kalau peratus yang kecil itu telah mampu meranapkan jumlah 90% yang nilainya jauh lebih tinggi dan besar. Ni kira macam kes isu perumahan yang dah siap tapi belum dapat OC lagilah ni.
Dan,
Tentu kau juga dapat membayangkan berapa banyak kos yang telah dibelanjakan dan dilaburkan untuk menyiapkan jumlah 90% itu tadi, kan? Aku yang teruja dengan segala persiapan yang hampir sempurna sudah menguras habis semua modal yang ada di tangan. Bahkan, amanah yang sepatutnya aku kembalikan kepada seorang rakan halimunan pun telah kugunakan separuh. Segalanya kerana aku yakin ianya akan berjalan sebaik niatku. Tapi akhirnya aku sedar bahawa niat saja tidak pernah cukup. Sekarang aku tak tahu macamana nak explain pada pada semua-semua yang telah meletakkan segala harapan pada aku. I'm broke! Totally broke!
Lebih malang lagi, rantaian malang ini menempias pada rakan sekutu yang tidak sepatutnya terkena percikan nasib malang ini. Sekali lagi aku telah musnahkan harapan yang disandarkan ke bahuku. Aku memang manusia yang tidak tahu menjaga nilai persahabatan. Pastinya rentetan dari peristiwa ini menyebabkan aku kehilangan dua sahabat baik iaitu sahabat halimunan aku dan sahabat sekutu aku.
Aku cuma berharap agar aku dapat leraikan semua ni baik-baik bak prinsip tarik rambut dalam tepung. Aku tak mahu kehilangan sahabat kerana aku sayangkan nilai yang terjalin dalam hubungan kami. Aku juga berharap agar kedua manusia berhati mulia ini mahu bersabar seketika menanti aku mencari jalan untuk menebus semua 'hutang budi' yang telah didanakan agar aku mencapai segala impianku.
Semoga Allah bantu aku.
http://zamani-zam.blogspot.com/2011/02/hutang.html |
0 comments:
Post a Comment