Monday, June 6, 2011 | By: Luna Biru

Catatan seorang guru I

Aku masih di sini
Sabar seperti selalu
Meski sudah kering tekakku, berkedut kulitku,
Hilang rampingku dan berengsot usiaku.

Aku masih di sini
Tabah bagai dahulu
Senyum merunduk melihat kau semakin maju
Mengejar mimpi yang kau ceritakan padaku di tahun 1

Aku masih di sini
Pahlawan di matamu
Dulu.
Kini kau sudah menemukan pahlawan yang lebih agung
Bertanda nama PhD dan datuk
Lalu lupalah kau pada aku
Sedang aku tak pernah lupa warna hingusmu
Atau merah jambu darah di lututmu
Yang masih tertinggal di saputanganku

Ya, Aku masih terus di sini
Memberi lagi apa semampuku
Untuk melahirkan generasi perkasa segagahmu
Hingga ke hujung penamat di usia bersaraku.
....aku hanya seorang guru. Dan begitulah ia kekal selalu.  

Bersyukur



Kadang-kadang,  Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita.


Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat.


Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri.


Dia memberi kita sedikit kesusahan kerana hendak memberi kesenangan yg paling besar di kemudiannya.


Dia menghantar penyakit supaya kita bole belajar menghargai segala nikmat yang diberi olehNya...


hayatilah pemberian dari ALLAH SWT”
Sunday, June 5, 2011 | By: Luna Biru

Aku bukan kelicap

Ini adalah entry balas a.k.a feedback daripada entryku sebelum ini yang bertajuk Aku kelicap itu. Haha...aku tulis pas tu aku bidas sendiri. Sebenarnya, ini bukan feedback dari aku, tapi dari abang (my hub). Dia bidas betul komen kawan aku tu, sebab bagi dia, aku bukan macam tu. Jadi aku macamana? 
Saturday, June 4, 2011 | By: Luna Biru

Erul tersingkir!

Sumpah aku tak minat dengan budak korea sorang ni. Penampilannya macam tak tahu cari identiti sendiri. Memang belum bersedia menjadi juara. waktu awal konsert semalam, aku memang harap dia yang tersingkir. Tapi aku tak nafikan kehebatan suaranya yang mirip penyanyi patriotik Ibnor Reza. Perasan tak? Aku selalu fikir, kalau pun dia tersingkir, kompom dia laku menyanyi jingle untuk hari kemerdekaan. Memang sedap suaranya.

Namun sesuatu berubah semalam bila aku tengok persembahannya. Berbanding Lena, Erul jauh lebih baik. Erul mampu mempertahankan keunggulannya setiap kali konsert meskipun nyanyiannya lebih bersifat penceritaan daripada penghayatan. Lena pula sudah jauh ketinggalan. Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir dia melakukan persembahan terbaik di konsert. Mungkin waktu nyanyi lagu Ziana Zain. Selepas itu, dia terus malap.

Filem melayu yang berbaloi ditonton 1980-1989

Ini pulak merupakan kesinambungan kepada entryku yang lepas. Terlanjur buat entry pasal filem dari tahun 2000-2011, so apa salahnya aku buat entry pasal filem melayu sekitar tahun 1980-1989 pulak,kan. Well, macam entryku yang lepas, aku cuma uploadkan poster filem yang aku pernah tengok dan yang berbaloi kutengok. Aku tak dapatlah nak susun ikut ranking yang betul, cukup sekadar membuat penyenaraian dan sedikit ulasan saja. Semua filem ni waktu aku sekolah rendah lagi.

1989
Ini merupakan filem kegemaran aku dulu. Aku suka karakter yang dibawa oleh Ahmad Tarmimi, Yusuf Wahab dan Ahmad Yatim. Ia berkisar kisah seorang pegawai daerah (Ahmad Tarmimi) yang dihantar jauh ke pedalaman Sarawak. Kebetulan sekali daerah itu merupakan daerah asal beliau dan ia juga mempunyai kisah tersendiri. Bila sampai di Lukah, kehadirannya tidak begitu disenangi oleh beberapa penduduk kampung terutamanya keluarganya sendiri. Lalu terjadilah beberapa peristiwa yang tidak diingini yang kemudiannnya menjadi konflik kepada filem ni. Memang hebat filem ni. Tapi aku tak tau mana nak cari lagi filem ni.

Filem Melayu yang berbaloi kutonton 1990-1999)

Jom layan-layan filem yang telah menggegarkan persada filem tanah air kita suatu ketika dulu. Ada banyak lagi ni sebenarnya tapi aku cuma pilih yang berbaloi kutonton (sesuai dengan tajuk entry aku). Kebetulan sekarang ni ada PROGRAM MERAKYATKAN FILEM, jadi mungkin informasi ni berguna. Bestnya kalau aku di KL!
Fenomena 1990
Aku masih ingat kehebatan filem ni. Ia berkisar tentang kisah perjuangan muzik rock dan kehebatan cara perubatan tradisional melayu. Gandingan mantap Ramona Rahman, M.Nasir dan Amy Search. Best filem ni penuh dengan nilai seni dan kronologi penceritaan yang halus dan jelas. Waktu filem ni ditayangkan, aku masih tingkatan satu. Aku ingat lagi camana kami sekeluarga termasuk kakak aku, sepupu sepapat dan anak buah semuanya serbu pawagam sampai penuh satu barisan kerusi. Aku ngan best friend gila2 aku si Susan pula jadikan Wak Labib sebagai bahan lawak kami untuk gelarkan cikgu di sekolah. Haha...kenangan indah tul filem ni.

Jerawat oh jerawat!

Sejak balik dari Kem Malangang hari tu, aku diserang jerawat yang sudah mula menggila di muka aku ni. Mula-mula di bawah dagu, pas tu melarat sampai ke pipi. Jerawat batu yang besar-besar masak ranum pulak tu. Sodap sungguh kalau dipicit-picit. Sebenarnya ni bukan serangan pertama. Pernah juga jadi macam ni beberapa kali dulu. So, sebelum aku pengsan dan bunuh diri kerana malu berjerawat, ataupun maki makcik sebelah rumah aku di fesbuk sebab tegur aku banyak jerawat, jom kita banteras jerawat ni sampai ke akar umbi!

Ini cara aku nak menghilangkan jerawat atas usul sebuah klinik pakar kulit. Dalam masa seminggu saja sudah nampak perubahan. Alhamdulillah